Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) • Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) •

Bantuan RM200 Buat Setiap Pelajar Sabah Di IPT & Asrama Sepanjang PKP

Oleh Cikgu Shaari • February 8, 2021 • 2 min baca

Bantuan RM200 Buat Setiap Pelajar Sabah Di IPT & Asrama Sepanjang PKP
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Sebanyak RM1 juta peruntukan disediakan oleh Kerajaan Negeri Sabah bagi membantu pelajar yang berasal dari Sabah yang berada di Institut Pengajian Tinggi (IPT) serta asrama di seluruh Malaysia.

Menurut Menteri Tugas-tugas Khas, Datuk Arifin Arif berkata, IPT yang mempunyai pelajar Sabah yang tinggal di asrama sewaktu tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diisytihar kerajaan akan mendapat bantuan ini bagi menampung keperluan yang diperlukan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut pemberian bantuan oleh kerajaan negeri.

KADAR BANTUAN PELAJAR IPT & ASRAMA

Bantuan ini adalah bagi membantu IPT-IPT yang menyediakan makanan kepada pelajar yang masih tinggal di sekitar kampus atau Pusat Tahfiz yang menyediakan makanan kepada pelajar. Bantuan terbabit akan diluluskan berdasarkan permohonan institusi-institusi berkenaan di seluruh Malaysia.

Setiap pelajar akan diperuntukkan bantuan sebanyak:

  • RM200 setiap orang

Bantuan akan diberikan berdasarkan jumlah pelajar Sabah yang berada di asrama dalam tempoh tersebut.

IPT & ASRAMA YANG LAYAK

Bantuan itu turut diperluas kepada pelajar dari:

  • IPTA
  • IPTS
  • Maktab Perguruan
  • Sekolah Agama
  • Madrasah
  • Sekolah Maah Tahfiz
  • dan seumpamanya

Bantuan tersebut jelasnya akan disalurkan terus kepada institusi tersebut untuk diagihkan kepada pelajar Sabah yang terlibat. Sebarang maklumat lanjut berkenaan bantuan pelajar Sabah, anda boleh terus berurusan di pejabat Hal Ehwal Pelajar IPT atau asrama masing-masing.

Sumber

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.