[Rasmi] SOP Lengkap PKP 3.0 Diperketat Mulai 25 Mei 2021 Di Seluruh Negara
Berdasarkan trend kes-kes harian Covid-19 yang semakin meningkat, kerajaan telah memutuskan untuk mengambil langkah-langkah yang lebih tegas dan ketat bagi mengekang penularan wabak Covid-19 dalam masyarakat dan menghalang kenaikan kes secara mendadak.
Data dan sains terus menunjukkan bahawa aktiviti-aktiviti perhimpunan yang menyukarkan penjarakan sosial dan keberadaan orang ramai dalam ruang yang sesak menjadi punca utama penularan Covid-19.
Jadi kerajaan telah mengambil keputusan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan yang lebih ketat di SELURUH NEGARA mulai 25 Mei 2021. Berikut adalah beberapa perkara berkenaan PKP 3.0 yang anda perlu ambil tahu.
Isi Kandungan
TEMPOH PELAKSANAAN PKP 3.0
Pelaksanaan PKP 3.0 adalah sepanjang tempoh berikut:
- 25 Mei hingga 7 Jun 2021
RINGKASAN SOP PKP DIPERKETAT
Berikut adalah ringkasan kepada beberapa perkara penting sepanjang tempoh PKP 3.0 yang anda perlu ambil perhatian:
- SEMUA Operasi perniagaan dihadkan bermula 8 pagi hingga 8 malam sahaja
– Melibatkan restoran, foodtruck, kedai runcit, pasar malam, shopping mall dan sebagainya - Pelanggan boleh berada di dalam semua premis peruncitan termasuk pusat beli belah maksimum 2 JAM SAHAJA
- Farmasi dan penjagaan diri boleh beroperasi antara pukul 8 pagi hingga 10 malam
- 80% kakitangan kerajaan akan bekerja dari rumah
- 40% sektor swasta akan bekerja dari rumah
- Pengangkutan awam akan dihadkan kapasiti kepada 50% (seperti LRT, MRT dan sebagainya)
- Sekatan jalan raya tambahan akan dilaksanakan
SOP LENGKAP PKP 3.0
Berikut adalah SOP Lengkap pelaksanaan PKP 3.0 mulai 25 Mei 2021 di seluruh negara untuk rujukan anda:
Kementerian terlibat tidak teragak-agak untuk mencadangkan kepada Majlis Keselamatan Negara untuk menutup serta-merta mana-mana premis yang didapati tidak mematuhi SOP PKP yang diperketatkan ini. Kerjasama semua pihak pada masa ini adalah amat penting bagi memastikan penularan Covid-19 dapat diatasi segera di samping dapat mengekalkan kelangsungan ekonomi negara.