SOP Pencegahan Covid-19 Bagi Pelaksanaan Perjalanan Mengerjakan Umrah

Sebelum ini KKM menangguhkan pemergian jemaah umrah berkuat kuasa 8 Januari lalu, berikutan penularan COVID-19 varian Omicron dan telah membenarkan pembukaan semula umrah mulai 8 Februari 2022. Terkini, kerajaan telah menetapkan Prosedur Operasi Standard (SOP) baharu bagi aktiviti umrah bermula 14 Februari 2022.

Bagi memastikan pelaksanaan perjalanan mengerjakan Umrah berjalan lancar dan demi  pencegahan Covid-19 dapat dikekalkan, MOTAC kini mengeluarkan SOP Pencegahan Covid-19 Bagi Pelaksanaan Perjalanan Mengerjakan Umrah.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut SOP Pencegahan Covid-19 bagi pelaksanaan perjalanan mengerjakan umrah.

PENYEDIAAN DOKUMEN

Antara dokumen penting yang perlu disediakan sebelum memulakan perjalanan Umrah adalah:

  • Bukti lengkap vaksinasi & dos penggalak
  • Sijil vaksin digital atau bercetak MySejahtera
  • Laporan ujian Covid-19 RT-PCR atau lain-lain ujian Covid-19 negatif 72 jam sebelum tarikh berlepas
  • Sediakan dokumen tambahan yang diperlukan Pihak berkuasa Lapangan Terbang/ Pelabuhan/ Jeti/ Pintu Masuk Antarabangsa Malaysia (Darat)

JADUAL PERJALANAN

Syarikat pengendali pelancongan perlu sediakan jadual perjalanan yang lengkap:

  • Sebelum bertolak ke lapangan terbang
  • Semasa di lapangan terbang
  • Semasa di Arab Saudi (termasuk transit) dan ketibaan di Malaysia
  • Mengesahkan penempatan tiket pengangkutan dua hala
  • Mengesahkan tempahan tempat penginapan di negara destinasi
  • Menyediakan jadual perjalanan seperti ditetapkan di negara destinasi

Person In Charge (PIC) dari syarikat pengendali pelancongan perlu turut serta bersama kumpulan jemaah yang mempunyai 40 orang dan ke atas untuk mengawal/ mengelola jemaah sepanjang tempoh umrah (mengurus jemaah di Malaysia, semasa di Arab Saudi dan urusan sekembalinya jemaah ke Malaysia)

PAKEJ UMRAH

Pembayaran pakej umrah kepada syarikat pengendali pelancongan meliputi:

  • Tempahan penginapan sepanjang aktiviti pelancongan
  • Tempahan pengangkutan dua hala termasuk daripada PMA ke tempat kediaman atau stesen kuarantin daripada PMA ke tempat kediaman atau stesen kuarantin swasta untuk menjalani perintah kuarantin wajib
  • Kos makan minum yang berada dalam menu lazim (sekiranya berkaitan)
  • Kos kuarantin wajib sekiranya jemaah umrah adalah kontak rapat kes di Arab Saudi perlu ditanggung oleh jemaah umrah di Malaysia

PERLINDUNGAN INSURANS

  • Setiap jemaah umrah perlu dilindungi oleh insurans
  • Takaful perjalanan mengikut ketetapan negara destinasi
  • Perlindungan kesihatan termasuk keperluan rawatan, pengasingan dan kuarantin bagi jangkitan Covid-19 semasa di Arab Saudi dan semasa di Malaysia, tertakluk kepada syarikat insurans

Untuk maklumat lanjut dan SOP lengkap pelaksanaan perjalanan mengerjakan Umrah, anda boleh rujuk di bawah:

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma