Pekerja Tidak Hadir Kerja Tanpa Notis (AWOL)? Ini Prosedur Betul Majikan Wajib Ikut Mengikut Akta Kerja 1955 •Cara Kiraan OT Malaysia 2026: Formula 1.5x, 2.0x & 3.0x (Panduan Lengkap Hari Pekerja) •Hari Guru Malaysia 2026: Sejarah 16 Mei, Tema “Guru Bitara Nadi Negara” & Kepentingannya •HR Bagi Resume Kosong Untuk Diisi? Ini Sebab Anda Masih Perlu Ada Resume Sendiri •Panel Tanya Dalam English Masa Temuduga? Ini Ayat Penyelamat Untuk Calon Yang Kurang Fasih • Pekerja Tidak Hadir Kerja Tanpa Notis (AWOL)? Ini Prosedur Betul Majikan Wajib Ikut Mengikut Akta Kerja 1955 •Cara Kiraan OT Malaysia 2026: Formula 1.5x, 2.0x & 3.0x (Panduan Lengkap Hari Pekerja) •Hari Guru Malaysia 2026: Sejarah 16 Mei, Tema “Guru Bitara Nadi Negara” & Kepentingannya •HR Bagi Resume Kosong Untuk Diisi? Ini Sebab Anda Masih Perlu Ada Resume Sendiri •Panel Tanya Dalam English Masa Temuduga? Ini Ayat Penyelamat Untuk Calon Yang Kurang Fasih •

Permohonan Bantuan Kewangan Pengusaha Pelancongan MOTAC Sehingga RM9,000 Dibuka

Oleh Cikgu Shaari • April 8, 2022 • 2 min baca

Permohonan Bantuan Kewangan Pengusaha Pelancongan MOTAC Sehingga RM9,000 Dibuka
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Dalam Belanjawan 2022 yang diumumkan tahun lalu, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) telah mengumumkan permohonan bantuan kewangan kepada pengusaha pelancongan yang berdaftar. Menerusi Belanjawan 2022 kerajaan telah mengumumkan bantuan khas kepada lebih 20 ribu pengusaha pelancongan yang berdaftar di bawah MOTAC dengan peruntukan sebanyak RM85 juta.

Bantuan kewangan diwujudkan ini sebagai usaha berterusan kerajaan bagi membantu sektor pelancongan yang merupakan antara segmen yang sangat terjejas dalam tempoh pandemik COVID-19 ini. Permohonan bantuan buat pengusaha pelancongan kini dibuka, pastikan anda buat permohonan sebelum tarikh tutup.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut bantuan ditawarkan dan panduan buat permohonan Bantuan Kewangan Pengusaha Pelancongan 2022.

TEMPOH PERMOHONAN

Permohonan bantuan kewangan pengusaha pelancongan ini dibuka sepanjang tempoh berikut sahaja:

  • 4 April 2022 sehingga 15 April 2022

PENGUSAHA PELANCONGAN YANG LAYAK

Bantuan kewangan oleh MOTAC ini mensasarkan permohonan daripada pengusaha pelancongan dalam kategori berikut:

  • Syarikat pengendalian pelancongan (TOBTAB)
  • Syarikat Malaysia Mysecond Home (MM2H)
  • Pengusaha spa
  • Pusat urutan kaki (PUK)

KADAR BANTUAN PENGUSAHA PELANCONGAN MOTAC

Kadar bantuan akan diberikan mengikut kategori seperti berikut:

  • Syarikat TOBTAB dan MM2H: RM9,000
  • Spa dan PUK: RM3,000.00

CARA MOHON

Sekiranya anda memerlukan bantuan ditawarkan dan merupakan pengusaha pelancongan dalam kategori yang dinyatakan di atas, anda boleh buat permohonan mulai 4 April sehingga 15 April 2022. Permohonan mestilah dibuat di laman web berikut:

Pertanyaan lanjut mengenai bantuan kewangan pengusaha pelancongan ini boleh dirujuk kepada pejabat MOTAC di setiap negeri. Maklumat pejabat MOTAC boleh dirujuk melalui pautan berikut https://www.motac.gov.my/hubungi/pejabat-negeri.

Sumber

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.