Pelajar IPT Dibenarkan Pulang Sempena Cuti Perayaan Aidilfitri. Ini SOP Pergerakan Pelajar Pulang
Mesyuarat Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang diadakan pada 28 April 2021 telah bersetuju untuk membenarkan pelajar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) pulang ke rumah masing-masing sempena cuti Hari Raya Aidilfitri kecuali negeri Sarawak.
Para pelajar turut diberi pilihan sama ada pulang ke kediaman masing-masing atau kekal berada di kampus sempena cuti perayaan tersebut. Kebenaran ini adalah selaras dengan kelonggaran yang diberikan oleh MKN sebelum ini kepada sektor pendidikan.
Baca info selanjutnya SOP pergerakan pelajar pulang di perkongsian bawah.
Isi Kandungan
TARIKH PERGERAKAN PELAJAR PULANG
KPT telah menetapkan beberapa mekanisme kawalan di mana pergerakan pelajar di setiap IPT dilaksanakan secara berfasa bagi memastikan pergerakan pelajar adalah terkawal.
Tarikh penting yang ditetapkan adalah seperti berikut:
- Tarikh pergerakan pulang ke rumah masing-masing:
7 hingga 12 Mei 2021 - Tarikh pergerakan pelajar kembali ke kampus:
15 hingga 20 Mei 2021
KAEDAH PERGERAKAN PULANG
Pihak IPT akan menyediakan surat pelepasan perjalanan rentas negeri/ daerah dan menyelaras tarikh pergerakan pulang ke rumah dan kembali ke kampus bagi setiap pelajar.
Pergerakan pulang pelajar akan menggunakan tiga kaedah iaitu:
- Menggunakan kenderaan sendiri
- Dijemput oleh ibu bapa atau penjaga
- Menggunakan bas yang diselaraskan oleh IPT
Pergerakan melalui kenderaan awam TIDAK DIBENARKAN kecuali perkhidmatan penerbangan.
Pergerakan pelajar sempena cuti perayaan Aidilfitri ini dianggarkan hanya melibatkan 103,994 pelajar yang kini berada di kampus daripada jumlah keseluruhan 1.3 juta pelajar. Pelajar-pelajar ini terdiri daripada enam kategori pelajar yang dibenarkan untuk menjalani sesi PdP di kampus sebelum ini.
SOP PERGERAKAN PELAJAR IPT PULANG
Para pelajar dan ibu bapa boleh merujuk kepada SOP Pergerakan Pelajar IPT Pulang Sempena Cuti Perayaan Aidilfitri yang dikongsikan di bawah:
Para pelajar yang mempunyai pertanyaan lanjut berhubung perkara ini boleh terus menghubungi pegawai penyelaras di IPT masing-masing atau Bilik Gerakan KPT di talian 03 8870 6777/6949/6623/6628.