Solat Sunat Aidiladha & Ibadah Korban Dibenarkan, Rujuk SOP Penuh Sambutan Hari Raya Haji 2021 Di Sini

Majlis Keselamatan Negara (MKN) menetapkan solat sunat Aidiladha dan ibadah korban adalah dibenarkan sempena Hari Raya Aidiladha kali ini bagi negeri-negeri di Fasa 1 dan Fasa 2. Pada masa sama, takbir raya di masjid dan surau dibenarkan namun, takbir dari rumah ke rumah adalah tidak dibenarkan.

Menurut MKN, ibadah korban bagi negeri-negeri Fasa 1 dan Fasa 2 dibenarkan mengikut ketetapan oleh pihak berkuasa agama negeri dan pihak-pihak berkaitan penjarakan fizikal dan pematuhan.

Anda boleh rujuk SOP yang ditetapkan oleh MKN bagi sambutan Hari Raya Aidiladha tahun 2021 di perkongsian bawah.

TARIKH HARI RAYA AIDILADHA 2021

Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Haji/ Korban pada tarikh:

  • 20 Julai 2021 Masihi bersamaan 10 Zulhijjah 1442 Hijrah

Demikian merujuk kepada tarikh-tarikh penting dalam Islam tahun 2021M- 1442H bagi negara ini. Keputusan dan cara bagi menetapkan tarikh Hari Raya Haji (Qurban) tahun 2021 bersamaan 1442 Hijrah adalah berdasarkan rukyah (melihat anak bulan) dan hisab (pengiraan secara matematik dan astronomi)

SOP HARI RAYA HAJI 2021

Negeri Fasa 1 PPN

Berikut adalah SOP sambutan Hari Raya Haji 2021 bagi negeri-negeri fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang melibatkan semua negeri yang tidak termasuk dalam negeri di bawah fasa 2:

Negeri Fasa 2 PPN

Berikut adalah SOP sambutan Hari Raya Haji 2021 bagi negeri yang telah beralih ke fasa 2 PPN iaitu Perlis, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.

Semoga orang ramai dapat mematuhi SOP yang ditetapkan oleh MKN ini supaya kita dapat bersama-sama membantu kerajaan dalam memutuskan rangkaian penularan wabak Covid-19.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma