Contoh Soalan MUET Writing Essay Test Tahun Lepas (Soalan Peperiksaan Sebenar)
Seperti semua calon sudah sedia maklum, peperiksaan Malaysian University English Test (MUET) merupakan sejenis peperiksaan yang diduduki oleh para pelajar di mana ianya merupakan prasyarat kepada pelajar yang memohon kemasukan ke institusi pengajian tinggi tempatan bagi mengikuti pengajian ijazah pertama.
Taraf penguasaan para pelajar dalam Bahasa Inggeris akan diuji menerusi peperiksaan ini sebelum calon menyambung pengajian ke IPTA yang diingini.
Sangat penting untuk calon lulus dalam peperiksaan ini. Ketahui komponen-komponen dalam peperiksaan MUET di perkongsian ini.
Isi Kandungan
KOMPONEN PEPERIKSAAN MUET
Terdapat empat jenis ujian dalam MUET iaitu:
- Listening Test (Ujian Pendengaran) – 45 markah
- Reading Test (Ujian Pemahaman) – 120 markah
- Speaking Test ( Ujian Lisan) – 45 markah
- Writing Test (Ujian Penulisan) -90 markah
Keempat-empat ujian ini memberi jumlah keseluruhan sebanyak 300 markah dengan Writing Test menyumbang markah yang agak banyak iaitu sebanyak 90 markah. Oleh itu sangat penting untuk calon menguasai ujian ini untuk memperoleh markah terbaik dalam keseluruhan MUET.
Bagi yang bakal menghadapi MUET tahun ini, semak tarikh ujian bertulis MUET sesi 1 DI SINI.
FORMAT WRITING TEST MUET
Untuk maklumat anda, calon diperuntukkan masa selama 90 minit untuk menjawab ujian bertulis dalam bentuk esei dengan 2 bahagian iaitu Task 1 dan Task 2.
Task 1 – Report Writing (40 Markah)
Anda dinasihatkan untuk meluangkan masa selama 40 minit untuk selesaikan task pertama. Calon diminta untuk menulis esei berdasarkan informasi grafik yang diberikan sepanjang 150 hingga 200 patah perkataan.
Task 2 – Extended Writing (60 Markah)
Calon dinasihatkan untuk meluangkan masa selama 50 minit untuk selesaikan task kedua. Calon diminta untuk menulis esei sepanjang 350 patah perkataan berdasarkan soalan yang diberi.
Anda boleh dapatkan contoh soalan Task 1 dan Task 2 bagi Writing test MUET ini di bawah.
DOWNLOAD SOALAN WRITING TEST MUET
Anda juga boleh dapatkan contoh soalan sebenar Reading Test MUET di pautan berikut:
- Soalan Sebenar Reading Test MUET
TEKNIK LULUS CEMERLANG PEPERIKSAAN MUET
Untuk menjawab soalan-soalan komponen Listening, Speaking, Reading dan Writing dengan cemerlang, ada tekniknya.
Untuk ketahui teknik lulus cemerlang dalam peperiksaan MUET, anda boleh dapatkan ebook PANDUAN MUET. Dengan adanya ebook panduan MUET ini, anda tidak perlu lagi memikirkan jenis soalan macam mana yang akan anda hadapi dan bagaimana situasi di dalam bilik peperiksaan nanti.
Semuanya akan diceritakan dalam ebook panduan ini. Ada banyak lagi kandungan dan hasil yang bakal anda dapat dari ebook ini. Baca selanjutnya!
EBOOK PANDUAN MUET BAND 6
Panduan MUET ini ditulis atas kesedaran membantu golongan yang ingin maju ke hadapan untuk bersaing di era globalisasi ini. Ebook ini memberi garis panduan tentang bagaimana peperiksaan MUET dijalankan dan juga teknik-teknik menjawab soalan-soalan komponen Listening, Speaking, Reading dan Writing.
Di dalam ebook ini, ada banyak panduan dan info yang dapat membantu anda.
Antaranya:
- Gambaran bagaimana peperiksaan MUET dijalankan
- Kelemahan calon semasa peperiksaan MUET
- Contoh soalan serta teknik dan panduan menjawab komponen Listening, Speaking, Reading dan Writing
- Panduan mahir dalam kemahiran mendengar
- Format terkini peperiksaan MUET dan pelbagai lagi info yang anda perlukan berkaitan MUET
Semoga dengan perkongsian contoh soalan Writing Test MUET yang dikongsikan di atas dapat membantu calon membuat persediaan menghadapi MUET yang akan datang. Dapatkan juga teknik-teknik MUET untuk memperoleh Band 6 dalam ujian anda nanti!