Contoh Soalan Temuduga Kerajaan Yang Ditanya Dalam Bahasa Inggeris Untuk Uji Calon

Pernah terfikir tak anda berkemungkinan akan ditanya dalam Bahasa Inggeris ketika temuduga dalam sektor kerajaan? Seperti yang kita tahu, temuduga kerajaan pasti akan menggunakan Bahasa Kebangsaan kita, iaitu Bahasa Melayu. Tapi jangan terkejut bila tiba-tiba penemuduga menujukan soalan dalam Bahasa Inggeris!

Memang tidak mustahil jika calon ditanya soalan dalam Bahasa Inggeris, terutamanya bagi calon yang temuduga jawatan gred 29, 41 dan ke atas. Jawatan gred ini dah dikira tinggi, jadi penemuduga pun mestilah nak cari calon yang betul-betul layak menjadi pemimpin.

Nak tahu contoh soalan temuduga kerajaan yang biasa ditanya dalam Bahasa Inggeris untuk uji calon, ikuti perkongsian di bawah.

KENAPA TEMUDUGA DALAM BAHASA INGGERIS?

Dalam perkhidmatan awam, Bahasa Melayu memang diutamakan, tetapi Bahasa Inggeris juga amat meluas digunakan terutamanya melibatkan urusan-urusan luar Negara, pelanggan/ orang awam berstatus tinggi, urusan-urusan dokumentasi dan sebagainya.

Penjawat awam akan berhadapan dengan macam-macam bangsa dan pelbagai ragam. Walaupun orang Malaysia, tidak semua fasih berbahasa Melayu. Jadi, calon akan diuji dari segi kebolehan berbahasa Inggeris.

Namun calon jangan risau kerana biasanya penemuduga yang nak uji calon dengan soalan Bahasa Inggeris hanya akan tanyakan 1 – 2 soalan sahaja dalam Bahasa Inggeris dan selebihnya dalam Bahasa Melayu.

SOALAN YANG BIASA DITANYA DALAM BAHASA INGGERIS

Biasanya panel akan menanyakan soalan temuduga tersebut dalam Bahasa Inggeris:

  • What is your name?
  • Please introduce yourself *
  • What do you know about _______ (Calon perlu beri pendapat mengenai perkara yang ditanya) *Fokus isu semasa
  • Tell me about yourself
  • Describe your country
  • Job description

*Contoh-contoh ini adalah sebahagian sahaja berdasarkan pengalaman calon yang lalu.

PERKARA YANG DINILAI KETIKA BERBAHASA

Apa yang dinilai ketika calon menjawab soalan dalam Bahasa Inggeris?

  • Adakah Grammar akan dinilai?
  • Adakah cara komunikasi akan dinilai?
  • Adakah pemahaman akan dinilai?

Semua aspek tersebut memang penting, tetapi apa yang paling UTAMA dinilai dalam temuduga adalah:

  • Kemampuan calon menjawab soalan dalam Bahasa Inggeris
  • Keyakinan diri calon ketika menjawab soalan

Ini bukan bermaksud anda perlu mahir atau fasih berbahasa Inggeris. Apa yang dinilai adalah, adakah anda faham dengan soalan BI yang ditanya dan mampu menjawabnya secara spontan dan yakin. Ketika itu, jangan pedulikan Grammar! Yang penting adalah YAKIN.

Dengan kemampuan anda dalam berbahasa Inggeris semasa temuduga kerja kerajaan, ianya mampu menyumbang markah penilaian kelak. Bukan untuk masa temuduga saja, tapi ianya juga membantu untuk masa depan dan juga kehidupan seharian.

Semoga bermanfaat!

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma