Pegawai Ini Kongsi Senarai Soalan “Favourite” Temuduga Jawatan JPJ

Tahniah sekiranya anda dapat panggilan temuduga bagi jawatan dalam Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)! Bekerja dalam perkhidmatan awam sememangnya antara impian ramai orang.Jadi, jika diberi peluang untuk hadir temuduga SPA, pastikan anda buat persediaan yang terbaik untuk temuduga nanti.

Seringkali orang berpesan untuk hafal deskripsi tugas jawatan untuk temuduga kerana soalan mengenai tugas ini agak famous ditanya dalam temuduga. Namun, pastikan anda tidak ambil tahu tugas semata-mata. Banyak lagi perkara penting mengenai jawatan yang anda perlu ambil tahu sebagai persediaan sebelum temuduga!

Seorang pegawai SMART ini telah kongsikan antara soalan “favourite” yang ditanya dalam temuduga jawatan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

CONTOH SOALAN “FAVOURITE” TEMUDUGA JAWATAN JPJ

Melalui laman TikTok, Pegawai SMART ini kongsikan antara soalan kegemaran yang ditanya dalam temuduga jawatan JPJ adalah:

  1. Siapakan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)?
  2. Apakah Akta yang biasa digunakan oleh JPJ?
  3. JPJ ini di bawah kementerian apa?
  4. Apakah peranan dan tanggungjawab JPJ?
    Senarai Tugas Pegawai Penguat Kuasa KP41 JPJ 
    Senarai Tugas Penolong Pegawai Penguat Kuasa KP29 JPJ
  5. Kenapa saya perlu ambil awak?

Rujuk: “Kenapa Kami Patut Ambil Anda Bekerja Dengan Kerajaan?” Ini Jawapan Yang Boleh Anda Rujuk

@mohdhaniffabdrani Replying to @shahf2020 soalan feberet dalam interview #tipstemuduga #kerjaya #perkhidmatanawam ♬ Emotional – Sallandu

Baca juga: Selain Tugas, Ini Maklumat Penting Mengenai Jawatan Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Temuduga

Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu anda membuat persediaan untuk temuduga bagi jawatan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Namun jangan pula anda “study” untuk soalan di atas sahaja, pastikan anda buat persediaan untuk menjawab pelbagai soalan lain yang berkaitan dengan jawatan juga.

Baca juga: 99+ Contoh Soalan Temuduga Kerajaan Paling Popular

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma