Contoh Soalan Speaking Test MUET Tahun Lalu (Soalan Exam Sebenar)
Bagi calon yang bakal menghadapi salah satu peperiksaan penting buat pelajar di Malaysia iaitu Malaysian University English Test (MUET), sudahkan anda bersedia? Memang betul peperiksaan ini adalah antara peperiksaan yang paling ditakuti oleh pelajar!
Tidak perlu gusar sebenarnya kerana jika anda melakukan persediaan yang sepatutnya dan ketahui teknik-teknik lulus MUET ini, pasti anda dapat atasinya dengan mudah.
Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui lebih lanjut mengenai MUET beserta contoh soalan sebenar Speaking Test MUET dan teknik-teknik anda lulus MUET dengan band 6.
Jangan lupa baca juga Contoh Soalan MUET Writing Essay Test Tahun Lepas (Soalan Peperiksaan Sebenar)
Isi Kandungan
KOMPONEN UJIAN MUET
Terdapat empat jenis ujian dalam MUET iaitu:
- Listening Test (Ujian Pendengaran) – 45 markah
- Reading Test (Ujian Pemahaman) – 120 markah
- Speaking Test ( Ujian Lisan) – 45 markah
- Writing Test (Ujian Penulisan) -90 markah
Keempat-empat ujian ini memberi jumlah keseluruhan sebanyak 300 markah. Walaupun Speaking Test hanya menyumbang 45 markah dari keseluruhan markah, namun sangat penting untuk calon score dalam ujian ini supaya dapat membantu naikkan markah sedia ada.
FORMAT SPEAKING TEST MUET
Speaking test MUET adalah salah satu daripada empat ujian yang akan dihadapi oleh calon dalam MUET. Ujian ini akan menilai kefasihan calon dan juga tahap penguasaan calon bertutur dalam bahasa inggeris.
Calon diperuntukkan masa selama 30 minit untuk ujian ini. Tidak sama seperti ujian lain, dalam ujian ini calon diminta untuk berinteraksi dengan 3 calon lain ketika ujian. Semasa ujian, keempat-empat calon akan diberikan satu senario yang sama tetapi masing-masing akan diberi pendapat yang berbeza.
Terdapat dua bahagian dalam Speaking Test iaitu Task 1 dan Task 2.
Task 1 – Individual Presentation
Dalam task pertama, calon perlu kemukakan pendapat berseorangan. Setiap calon akan diberi satu situasi berbeza dan diminta untuk membuat persediaan selama 2 minit. Setelah bersedia, setiap calon akan mengeluarkan hujah masing-masing selama 2 minit mengikut giliran.
Task 2 – Group Discussion
Dalam task yang kedua, keempat-empat calon akan diberikan satu situasi dengan pendapat yang berbeza setiap orang. Semua calon diminta untuk membuat perbincangan situasi yang diberikan dengan menggunakan pendapat masing-masing. Calon ada masa 2 minit untuk persediaan sebelum perbincangan dimulakan.
CONTOH SOALAN SEBENAR SPEAKING TEST MUET
Calon boleh rujuk contoh soalan sebenar Speaking Test MUET di bawah sebagai persediaan untuk menghadapi ujian sebenar.
DONWLOAD SOALAN SEBENAR SPEAKING TEST MUET
TEKNIK LULUS CEMERLANG PEPERIKSAAN MUET
Untuk menjawab soalan-soalan komponen Listening, Speaking, Reading dan Writing dengan cemerlang, ada tekniknya.
Untuk ketahui teknik lulus cemerlang dalam peperiksaan MUET, anda boleh dapatkan ebook PANDUAN MUET. Dengan adanya ebook panduan MUET ini, anda tidak perlu lagi memikirkan jenis soalan macam mana yang akan anda hadapi dan bagaimana situasi di dalam bilik peperiksaan nanti.
Semuanya akan diceritakan dalam ebook panduan ini. Ada banyak lagi kandungan dan hasil yang bakal anda dapat dari ebook ini. Baca selanjutnya!
EBOOK PANDUAN MUET BAND 6
Panduan MUET ini ditulis atas kesedaran membantu golongan yang ingin maju ke hadapan untuk bersaing di era globalisasi ini. Ebook ini memberi garis panduan tentang bagaimana peperiksaan MUET dijalankan dan juga teknik-teknik menjawab soalan-soalan komponen Listening, Speaking, Reading dan Writing.
Di dalam ebook ini, ada banyak panduan dan info yang dapat membantu anda.
Antaranya:
- Gambaran bagaimana peperiksaan MUET dijalankan
- Kelemahan calon semasa peperiksaan MUET
- Contoh soalan serta teknik dan panduan menjawab komponen Listening, Speaking, Reading dan Writing
- Panduan mahir dalam kemahiran mendengar
- Format terkini peperiksaan MUET dan pelbagai lagi info yang anda perlukan berkaitan MUET
Semoga dengan perkongsian contoh soalan Reading Test MUET yang dikongsikan di atas dapat membantu calon membuat persediaan menghadapi MUET yang akan datang. Dapatkan juga teknik-teknik MUET untuk memperoleh Band 6 dalam ujian anda nanti!