Contoh Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam WK41

Calon yang sedang mencari rujukan contoh soalan peperiksaan Penguasa Kastam WK41 untuk menduduki peperiksaan online Penguasa Kastam WK41 boleh dapatkan contoh soalan di perkongsian ini.

Seperti biasa, pihak Suruhanjaya Peperiksaan Awam (SPA) akan mengeluarkan iklan Peperiksaan Online Penguasa Kastam Gred WK41 bila tiba masanya. Calon yang telah membuat permohonan bagi jawatan tersebut diminta untuk buat semakan pada pautan yang telah disediakan untuk dapatkan maklumat tarikh dan masa peperiksaan online masing-masing.

Sebelum ke peringkat temuduga atau ujian fizikal, calon mestilah lulus peperiksaan online Penguasa Kastam WK41 yang diduduki. Nak lulus, persiapan dan ulangkaji mestilah dilakukan dengan sebaiknya. Sebab itulah penting untuk setiap calon dapatkan contoh soalan peperiksaan Penguasa Kastam WK41 yang dikongsikan di bawah.

Sebelum dapatkan contoh soalan peperiksaan Penguasa Kastam WK41 yang dikongsikan, ketahui dahulu sedikit sebanyak berkenaan jawatan serta tugas Penguasa Kastam WK14.

TUGAS PENGUASA KASTAM GRED WK41

Seperti yang dinyatakan oleh pihak SPA Malaysia, tugas Penguasa Kastam WK14 adalah bertanggungjawab untuk:

Urusan Import/ Eksport Barangan

Memperjeniskan barang-barang mengikut tarif-tarif, membuat taksiran harga bagi pungutan duti kastam/cukai jualan, memproses serta meluluskan permohonan pengimportan/pengeksportan barang-barang berduti tertakluk kepada larangan-larangan import/eksport di pintu-pintu masuk/keluar negara, Zon-zon Bebas Cukai dan Gudang-gudang Berlesen.

Perlesenan & Cukai Jualan/Perkhidmatan

Memproses permohonan lesen gudang-gudang eksais, gudang-gudang berlesen, gudang-gudang pengilangan berlesen. Mengaudit akaun syarikat-syarikat yang dilesenkan di bawah akta-akta Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan untuk pungutan cukai jualan/perkhidmatan.

Urusan Pengecualian Cukai Jualan, Pemeriksaan Stok & Duti

Memproses permohonan mendapatkan pengecualian cukai jualan, memeriksa stok dan penggunaan barang-barang berduti syarikat-syarikat yang mendapatkan pengecualian duti kastam, memproses permohonan remisi cukai, menyelia tugas pemeriksaan penumpang dan menjalankan siasatan ke atas syarikat/individu yang melakukan penyelewengan/penyeludupan dan bertindak sebagai Pegawai Pendakwa bagi kes-kes kastam di Mahkamah dan menjalankan lain-lain tugas penguat kuasaan.

Tertarik dengan jawatan dan tugas Penguasa Kastam WK41?

Contoh Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam WK41

Untuk menyandang jawatan Penguasa Kastam WK41, calon perlulah lulus peperiksaan dahulu. Sebab itu penting rujukan contoh soalan Penguasa Kastam WK41. Calon yang berjaya lulus peperiksaan dan tapisan awal akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.

FORMAT SOALAN PEPERIKSAAN PENGUASA KASTAM WK41

Sama juga seperti peperiksaan bagi jawatan yang lain, persiapan perlu dilakukan untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Begitu juga untuk peperiksaan online Penguasa Kastam WK41. Bagi memudahkan dan membantu calon-calon, berikut adalah ringkasan format soalan peperiksaan Penguasa Kastam WK41:

  • Seksyen A: Pengetahuan Am
  • Seksyen B: Daya Menyelesaikan Masalah
  • Seksyen C: Kefahaman Bahasa Inggeris

Peperiksaan ini mempunyai 3 bahagian utama (Tertakluk perubahan semasa). Setiap bahagian disesuaikan dengan tahap peperiksaan yang akan menguji daya pemikiran calon. Jadi persediaan sebaiknya anda perlu lakukan untuk menjawab dan lulus dengan cemerlang.

Bagi calon yang pertama kali mengambil peperiksaan Penguasa Kastam WK41 dan tidak tahu lagi bagaimana bentuk soalan Penguasa Kastam WK41, anda boleh rujuk contoh soalan Penguasa Kastam WK41 yang dikongsikan di bawah bagi mendapatkan gambaran sebenar soalan Penguasa Kastam WK41 nanti.

CONTOH SOALAN PEPERIKSAAN PENGUASA KASTAM WK41

Panggilan peperiksaan SPA adalah secara online. Pasti ramai calon peperiksaan Penguasa Kastam WK41 sudah tercari-cari contoh soalan Penguasa Kastam WK41 kan? Tak perlu risau, semuanya tersedia di sini.

Berikut dikongsikan contoh soalan peperiksaan Penguasa Kastan WK41 setiap seksyen yang boleh dijadikan rujukan calon:

Contoh Soalan Penguasa Kastam WK41 – Seksyen A

1. Jabatan Kastam Diraja Malaysia terletak di bawah:

A. Kementerian Kewangan
B. Kementerian Dalam Negeri
C. Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
D. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan

2. Manakah antara berikut yang telah diwartakan sebagai Pulau Bebas Cukai?

I. Pulau Perhentian
II. Pulau Langkawi
III. Pulau Tioman
IV. Labuan

A. I dan III
B. II dan IV
C. I,II dan III
D. II,III dan IV

3. Berikut ialah Bidang-bidang Keberhasilan Utama Negara yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, kecuali:

A. menangi kos sara hidup
B. mengurangkan perbelanjaan mengurus kerajaan
C. memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman
d. meningkat taraf hidup rakyat yang berpendapatan rendah

4. Kadar inflasi diukur dengan menggunakan indeks:

A. Pasaran Terbuka
B. Harga Pengguna
C. Harga Pasaran
D. Harga Semasa

5. Pilih mahkamah yang memiliki kuasa mendengar petisyen yang mempengaruhi keputusan pilihan raya:

A. Mahkamah Persekutuan
B. Mahkamah Tinggi
C. Mahkamah Rayuan
D. Mahkamah Sesyen

Contoh Soalan Penguasa Kastam WK41 – Seksyen B

1. Kadar tukaran antara Ringgit Malaysia dan Dolar Singapura ialah RM100= S$31.56. Berapakah nilai RM jika S$157.78?

A) 500B) 550
C) 600
D) 650
2. Negara X mempunyai bangsa A seramai 0.47 juta orang. Bangsa B pula seramai 1/4 daripada bilangan Bangsa A. Manakala Bangsa C adalah seramai 3/4 dari bilangan Bangsa B. berapakah jumlah Bangsa C di negara X itu?
A) 72 956 orang

B) 88 125 orang
C) 117 500 orang
D) 150 750 orang

3. Sebuah buku rujukan mengandungi lima halaman awal, 441 halaman bahagian teks dan 6 halaman bahagian akhiran. Semua muka surat bercetak. Berapakah bilangan helaian kertas dalam buku tersebut?

A) 454B) 228
C) 452
D) 2264. Harga kos set pinggan di Syarikat Nora ialah RM120. Harga jual set pinggan itu ialah RM150. Set pinggan itu diberi diskaun sebanyak 60% sempena penghabisan stok. Syarikat Nora mengalami…A) Keuntungan sebanyak RM60

B) Keuntungan sebanyak RM30
C) Kerugian sebanyak RM60
D) Kerugian sebanyak RM30

5. Sebuah tangki minyak berbentuk silinder mempunyai diameter 7.10 meter di isi penuh dengan minyak. Tinggi silinder itu adalah 1.28 meter lebih dari jejarinya. Berapakah isipadu minyak dalam tangki itu dalam unit meter padu?

A) 191.03
B) 190.00
C) 192.00
D) 191.14

Contoh Soalan Penguasa Kastam WK41 – Seksyen C

1) Angela has three dogs and two cats. They are all brown, but one of the dogs has spots. His name is Spot.

Which of the following is true?

A) Angela has three animals in total.
B) Angela has more cats than dogs.
C) One of Angela’s cats is black.
D) All of Angela’s dogs have spots.

2) Ali didn’t have much money, ______ he got by.

A. since
B. but
C. so
D. for

3) Hand saw, bubble levels, claw hammer, chisels. The listed tools are usually used by a___________.

A. mechanic
B. farmer
C. carpenter
D. cobbler

4) I have only a __________________ Kaamatan cards left to write.

A. few
B. fewer
C. less
D. little

5) Hishamsudin ___________________ English, Mandarin and a bit of Arabic.

A. speaks
B. speak
C. speaking
D. is speaking

Nota: Seksyen soalan peperiksaan adalah tertakluk kepada pindaan semasa pihak SPA. Calon dikehendaki ambil perhatian dengan makluman seksyen peperiksaan yang dinyatakan.
Dah dapat gambaran tentang contoh soalan Penguasa Kastam WK41 yang dikongsikan di atas? Jumlah soalan tersebut hanyalah sebahagian sahaja. Tidak cukup jika anda hanya ulangkaji dan jadikan soalan di atas. Setiap calon diingatkan untuk dapatkan lebih lagi rujukan contoh soalan Penguasa Kastam WK41 untuk memantapkan lagi ulangkaji.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma