Contoh Soalan Pengetahuan Am Pegawai Tadbir Diplomatik PTD

Tahniah sekiranya anda ditawarkan untuk menjawab peperiksaan untuk jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik PTD. Jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41 merupakan jawatan Pengurusan dan Profesional yang diwujudkan di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam.

Untuk pengetahuan anda, peperiksaan untuk jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik M41 merupakan antara peperiksaan SPA tahap tinggi yang mempunyai tahap penilaian berbeza untuk menguji calon yang terlibat.

Calon mestilah buat yang terbaik dalam menjawab soalan peperiksaan ini bagi melayakkan diri untuk ke peringkat seterusnya iaitu temuduga.

TUGAS PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK

Berikut adalah tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41 seperti yang dinyatakan oleh SPA:

Merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar awam mengenai pengurusan sumber tenaga manusia dan organisasi, sumber kewangan, ekonomi, pentadbiran dan pembangunan wilayah/daerah/tempatan/tanah, perancangan dan pentadbiran sosial, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri (termasuk perkhidmatan luar negeri) keselamatan/ketahanan negara serta pengurusan teknologi maklumat.

FORMAT PEPERIKSAAN PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK

Untuk makluman anda, peperiksaan bagi lantikan Pegawai Tadbir Diplomatik adalah terbahagi kepada tiga seksyen iaitu:

  • Bahagian A: Pengetahuan Am PTD Tentang Malaysia dan Dunia
  • Bahagian B: Daya Menyelesaikan Masalah Matematik PTD
  • Bahagian C: Soalan Kefahaman Bahasa Inggeris

Untuk perkongsian ini, calon akan didedahkan dengan contoh soalan untuk bahagian A iaitu Pengetahuan Am untuk jawatan PTD Tentang Malaysia dan Dunia.

CONTOH SOALAN PENGETAHUAN AM PTD

1) Keselamatan maritim merangkumi hal ehwal berkaitan

I. Sistem trafik perkapalan
II. Respon tumpahan minyak
III. Pelaut
Iv.Teknologi pelayaran

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II,III dan IV

2) Dasar Komuniti Negara merupakan satu pendekatan untuk membentuk komuniti yang lebih peka kepada isu-isu sosial dalam masyarakat. Yang manakah antara berikut bukan kluster utama dalam dasar ini?

A. Keusahawanan dan perniagaan social
B. Pendidikan dan kemahiran
C. Sukan dan rekreasi
D. Pembangunan dan integrasi

3) Tujuan Komanwel ditubuhkan adalah seperti berikut kecuali

A. Mengeratkan perhubungan dan perpaduan di kalangan negara anggota.
B. Memastikan pemerintahan demokrasi negara anggota mematuhi amalan Britain
C. Membentuk persepaduan di bawah satu pertubuhan dan bekerjasama dalam pelbagai bidang di kalangan negara anggota.
D. Memberikan kemudahan pendidikan kepada negara anggota melalui Rancangan Pelajaran Komanwel

4) Pencarum berdaftar di bawah skim Program Sukarela Insentif Suri (i-Suri) akan mendapat manfaat berikut kecuali

A. Bantuan kematian
B. Pelepasan cukai
C. Dividen tahunan
D. Bantuan perubatan

5) Pemilik premis makanan yang didapati gagal mempamer tanda larangan merokok akan dikenakan denda

A.Minimum RM3,000 atau penjara tidak lebih 6 bulan
B. Minimum RM 5,000 atau penjara tidak kurang 2 tahun
C. Maksimum RM3,000 atau penjara tidaklebih 6 bulan
D. Maksimum RM10,000 atau penjara tidak lebih 2 tahun

6) Apakah perkhidmatan yang tidak ditawarkan oleh Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK)

A. Pendidikan kewangan
B. Kaunseling kewangan
C. Pengurusan kredit
D. Pinjaman berlesen

7) Manakah antara berikut tidak menerangkan tentang aplikasi Price Catcher yang diperkenalkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP)?

A. Membolehkan pemantauan harga dibuat secara harian, mingguan dan bulanan
B. Membantu pengguna berjimat dalam perbelanjaan barang keperluan harian terpilih
C. Aplikasi boleh dimuat turun secara percuma melalui Google Play dan App Store
D. Harga barangan keperluan terpilih dikemaskini pada jam 9 pagi setiap hari

8) Bermula 2019, Kementerian Pertanian & industri Asas Tani memberi penumpuan kepada 3 dimensi agromakanan iaitu

 I) Keselamatan makanan
II) Pelaburan swasta dan perdagangan
III) Pembangunan ekonomi luar Bandar
IV) Promosi produk makanan halal

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I,III dan IV
D. II,III dan IV

9) Berikut merupakan ketidakbolehan Yang di-Pertuan Agong berdasarkan perlembagaan.

I. Bergiat aktif dalam sebarang perusahaan komersil
II. Menjalankan kuasa sultan di negeri sendiri kecuali fungsi sebagai ketua agama islam
III. Meninggalkan negara lebih daripada 14 hari kecuali dengan izin atas lawatan luar negara
IV. Memegang jawatan yang bergaji

A. I, II dan III
B. I,II dan IV
C. I,III dan IV
D. II,III dan IV

10) Berikut merupakan usaha kerajaan kerajaan bagi melestarikan industry minyak sawit negara iaitu

 I. membuat Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia
II. pelancaran Kempen Sayangi Sawitku.
III. Meluaskan jumlah kawasan tanaman sawit negara.
IV. Meningkatkan penggunaan domestik melalui Program B10.

A. I, II dan III
B. I,II dan IV
C. I,III dan IV
D. II,III dan IV

11) Pelaksanaan Pentafsiran Bilik Darjah (PBD) diperkasa menerusi aktiviti-aktiviti berikut, pilih yang tepat.

 I. Main peranan
II. Permainan
III. Bercerita
IV. Projek Perdana

A. I, II dan III
B. I,II dan IV
C. I,III dan IV
D. II,III dan IV

12) Mengikut Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa mutlak untuk

A. Meluluskan usul baru di Dewan Rakyat atau Dewan negara
B. Mempengerusikan persidangan Dewan Negara
C. Mencalonkan dan melantik ahli-ahli Dewan Negara
D. Menetapkan, memanggil dan membubarkan persidangan Parlimen

13) Berikut merupakan perayaan yang tersenarai dalam Skim Kawalan Harga Musim Perayaan kecuali

A. Tahun Baru Cina
B. Deepavali
C. Pesta Keamatan
D. Hari Raya Aidiladha

14) Apakah peranan Suruhanjaya Cobbold?

A. Mengetuai misi ke London untuk menuntut kemerdekaan dari British
B. Menyiasat pendapat rakyat ke Sabah dan Sarawak berhubung gagasan Malaysia
C. Melantik ahli-ahli dalam Parlimen Malaysia
D. Menyelia perjalanan perjanjian Persekutuan Tanah Melayu

15) Antara pendapatan penggajian yang dikenakan cukai adalah

I. Gaji, upah dan bonus
II. Yuran, pengarah dan elaun
III. Ganjaran dan pampasan
IV. Bayaran tuntutan perjalanan

A. I, II dan III
B. I,II dan IV
C. I,III dan IV
D. II,III dan IV

CONTOH SOALAN PTD MATEMATIK & BAHASA INGGERIS

Calon boleh dapatkan contoh soalan PTD bagi bahagian Matematik dan Kefahaman Bahasa Inggeris di bawah:

DOWNLOAD CONTOH SOALAN LEPAS

Contoh soalan PTD yang dikongsikan di atas hanyalah sebahagian sahaja. Anda boleh dapatkan lebih banyak soalan PTD lepas untuk dijadikan bahan ulangkaji. Nak lulus peperiksaan, usaha mestilah semaksima mungkin! Calon juga dinasihatkan untuk masuk chanel Telegram khas PTD untuk dapatkan lebih banyak bahan ulangkaji dan buat ulangkaji berkumpulan.

Download contoh soalan lepas  bagi semua bahagian di bawah:

DOWNLOAD CONTOH SOALAN LEPAS PTD

CHANEL TELEGRAm PTD

Semoga perkongsian contoh soalan Pengetahuan Am untuk jawatan PTD ini bermanfaat untuk calon sebagai rujukan untuk peperiksaan sebenar nanti. Untuk persediaan ke temuduga pula calon boleh rujuk Contoh Soalan Temuduga Pegawai Tadbir Diplomatik.

Selamat maju jaya!

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma