Patutkah Anda Tanya Pasal Cuti Tahunan & Elaun Ketika Temuduga? Baca Jawapan Daripada Pakar Ini

Dalam menghadiri temuduga, pasti perkara yang anda paling ingin tahu tentang kerja adalah tentang cuti tahunan dan elaun yang bakal anda terima kan? Namun pernahkah anda terfikir samada soalan tersebut sesuai ditanya atau tidak ketika temuduga?

Jika inginkan jawapannya, ikuti perkongsian di bawah iaitu jawapan daripada Norizan Sharif, usahawan dan juga pakar dalam bidang kerjaya.

PATUTKAH ANDA TANYA SOALAN PASAL CUTI DAN ELAUN? INI JAWAPAN PAKAR

Norizan Sharif telah berkongsi di laman twitternya mengenai patut atau tidak anda tanya tentang MC/Annual leave dan elaun semasa temuduga.

Ini antara jawapan yang telah beliau berikan daripada soalan netizen yang tanya mengenai soalan tersebut.

Patutkah Anda Tanya Pasal Cuti Tahunan & Gaji Ketika Temuduga? Semak Jawapan Daripada Pakar Ini

Menurut beliau, anda jika anda ditemuduga bagi jawatan yang di tahap junior atau hanya staf sokongan seperti kerani, cashier dan pemandu syarikat anda boleh menanyakan soalan mengenai cuti dan elaun kerja. Ataupun ditemuduga untuk syarikat yang kecil juga boleh menanyakan soalan sebegitu.

Patutkah Anda Tanya Pasal Cuti Tahunan & Gaji Ketika Temuduga? Semak Jawapan Daripada Pakar Ini

Jika anda ditemuduga di syarikat yang besar dan jawatan yang lebih besar seperti senior eksekutif atau pengurusan pula, beliau berpendapat bahawa anda tidak patut menanyakan soalan mengenai cuti tahunan atau elaun kerja. Anda patut fokus untuk menceritakan potensi anda dalam membangunkan syarikat. Anda boleh bertanyakan tentang pembangunan kerjaya dan potensi pada peringkat ini.

JIKA SYARIKAT TIDAK MEMBERIKAN CUTI TAHUNAN?

Patutkah Anda Tanya Pasal Cuti Tahunan & Gaji Ketika Temuduga? Semak Jawapan Daripada Pakar Ini

Menurut jawapan Norizan Sharif daripada soalan netizen mengenai syarikat yang tidak memberikan cuti tahunan pada tahun pertama bekerja, beliau berkata bahawa syarikat tersebut tidak patut berbuat demikian. Menurutnya lagi, Akta Pekerjaan 1955 menyediakan minimum 8 hari cuti tahunan berbayar jika anda bekerja kurang daripada 2 tahun. Jika anda tidak diberikan cuti tahunan, anda layak untuk berunding dengan majikan anda.

Baca juga: 5 Maklumat Ini Dah Tak Relevan Dalam Resume 2020 Anda. Sila Semak dan Buang

Dalam menjalani temuduga tidak kira dengan syarikat kecil atau besar, pastikan anda sentiasa berhati-hati ketika bercakap dan menanyakan soalan. Mana tahu hanya disebabkan satu soalan yang ditanya boleh menyebabkan majikan berubah persepsi terhadap anda. Semoga perkongsian berkenaan soalan cuti dan elaun semasa temuduga ini memberi manfaat kepada anda.

Jadikan jawapan daripada pakar ini sebagai satu panduan anda..

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma