Biasiswa Ulul Albab Yayasan UMPSA 2026 Dibuka: Peluang Emas Mahasiswa Cemerlang (Tarikh Tutup 8 Mei) •Kepentingan Matematik SPM: Subjek Penentu Masa Depan Pelajar Malaysia (Ramai Terlepas Pandang) •Ramai Tak Tahu! Ini Cara Mohon Bantuan Baik Pulih Rumah Kedah (Layak Boleh Baiki Rumah Percuma) •Bantuan Dialisis Negeri Sembilan 2026: RM2,800 Untuk Pesakit Buah Pinggang (Semak Syarat & Cara Mohon) •Baucar Kita Selangor 2026: Bantuan RM600 Untuk B40 & M40 (Semak Syarat, Cara Mohon & Tarikh Agihan) • Biasiswa Ulul Albab Yayasan UMPSA 2026 Dibuka: Peluang Emas Mahasiswa Cemerlang (Tarikh Tutup 8 Mei) •Kepentingan Matematik SPM: Subjek Penentu Masa Depan Pelajar Malaysia (Ramai Terlepas Pandang) •Ramai Tak Tahu! Ini Cara Mohon Bantuan Baik Pulih Rumah Kedah (Layak Boleh Baiki Rumah Percuma) •Bantuan Dialisis Negeri Sembilan 2026: RM2,800 Untuk Pesakit Buah Pinggang (Semak Syarat & Cara Mohon) •Baucar Kita Selangor 2026: Bantuan RM600 Untuk B40 & M40 (Semak Syarat, Cara Mohon & Tarikh Agihan) •

SLDN KV-McDonald’s: Tawaran Program Pendidikan SKM Tahap 2 &3, Elaun RM1,350 Sebulan Diterima

Oleh Cikgu Shaari • July 29, 2022 • 2 min baca

SLDN KV-McDonald’s: Tawaran Program Pendidikan SKM Tahap 2 &3, Elaun RM1,350 Sebulan Diterima
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Program Perantis Vokasional McDonald’s merupakan sebahagian daripada usaha McDonald’s Malaysia dalam meningkatkan piawaian pembangunan modal insan syarikat dan memupuk bakat baharu dalam kalangan belia, sejajar dengan agenda negara.

Sebaik sahaja belia-belia ini tamat latihan, mereka dianugerahkan dengan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 yang diiktiraf oleh Kementerian Sumber Manusia Malaysia, dan seterusnya layak mengembangkan lagi kerjaya mereka di McDonald’s atau dalam industri perkhidmatan makanan di negara ini.

Sekiranya anda berminat untuk mengembangkan kerjaya di McDonald’s, anda boleh daftar program yang ditawarkan sekarang.

PROGRAM SLDN KV-MCDONALD’S

Program Perantis Vokasional McDonald’s merupakan program latihan berteraskan industri selama 18 bulan menggabungkan 70 peratus latihan praktikal di restoran McDonald’s dan 30 peratus kelas teori di bilik darjah. Program ini merupakan kerjasama McDonald’s Malaysia dan Kementerian Sumber Manusia Malaysia berdasarkan Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) yang telah diperkenalkan Kementerian.

Berikut adalah maklumat tentang Program SLDN KV-McDonald’s yang ditawarkan:

  • Program pendidikan selama 18 bulan yang diiktiraf oleh kerajaan
  • Menawarkan perantis pembelajaran di dalam kelas (30%) dan praktikal (70%) di syarikat penajaan
  • Menawarkan SPM bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah Pendidikan Islam/ Moral dan Bahasa INggeris
  • Menawarkan SKM Tahap 2 dan Tahap 3

Tawaran Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 & 3

  • SKM Tahap 2 – Penyediaan dan Perkhidmatan Makanan Segera
  • SKM Tahap 3 – Penyeliaan dan Operasi Makanan Segera

MANFAAT DISEDIAKAN

Antara manfaat yang disediakan adalah:

  • Elaun sehingga RM1,350 sebulan
  • Pengiktirafan SKM 2 dan 3
  • Kursus latihan diberikan
  • Perlindungan insurans
  • Elaun insentif RM500 bagi setiap tahap
  • Elaun makan sepanjang latihan
  • Faedah perubatan disediakan
  • Menawarkan SPM MPAK

SYARAT KELAYAKAN

Tawaran adalah terbuka kepada individu yang memenuhi syarat kelayakan berikut:

  • Memiliki SPM dan ke bawah sahaja (UPSR, PT3, PMR) layak memohon
  • Berumur 18 tahun – 27 tahun

CARA MOHON

Sekiranya anda berminat dengan program yang ditawarkan dan memenuhi syarat kelayakan yang dinyatakan, anda boleh buat permohonan melalui WhatsApp ke talian berikut:

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.