Mohon Skim Rezeki Ternak Ruminan 2022, Terima Bantuan Induk Ternakan, Peralatan & Pembaikan 

Program Skim Rezeki Ternak Ruminan dibangunkan bertujuan membantu penternak bagi mengekalkan sumbangan mereka dalam bidang penternakan disamping mensasarkan peningkatan pendapatan bagi golongan penternak kecil. Skop bantuan adalah dalam bentuk bantuan induk ternakan ruminan dan bantuan input penternakan, peralatan dan pembaikan kandang/ reban.

Permohonan Skim Rezeki Ternak Ruminan tahun 2022 kini telah dibuka kepada semua penternak kecil ruminan yang berumur tidak kurang 18 tahun dan memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut tawaran bantuan Skim Rezeki Ternak Ruminan dan panduan buat permohonan.

JENIS BANTUAN SKIM REZEKI TERNAK RUMINAN

Program Skim Rezeki Ternak Ruminan dibangunkan bertujuan membantu penternak bagi mengekalkan sumbangan mereka dalam bidang penternakan disamping mensasarkan peningkatan pendapatan bagi golongan penternak kecil.

Skop bantuan Skim Rezeki Ternak Ruminan 2022 adalah dalam bentuk:

  • Induk ternakan ruminan (lembu, kambing, bebiri & kambing tenusu – dengan konsep geran padanan 10:90)
  • Bantuan input penternakan
  • Bantuan peralatan
  • Pembaikan kandang/ reban

TEMPOH PERMOHONAN SKIM REZEKI TERNAK 2022

Permohonan bagi Skim Rezeki Ternak Ruminan tahun 2022 dibuka sepanjang tempoh berikut:

  • Tarikh permohonan: 1 Disember hingga 31 Disember 2021

SYARAT KELAYAKAN

Permohonan Skim Rezeki Ternak Ruminan 2022 terbuka kepada semua penternak kecil yang mempunyai kriteria seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 55 tahun pada 1 Januari tahun permohonan
  • Penternak kecil sedia ada yang berdaftar dengan e-vetpermit, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia
  • Mempunyai modal tunai sekurang-kurangnya 10% dari nilai perolehan induk ternakan (bagi geran padanan 10:90 bantuan induk ternakan ruminan)
  • Mempunyai pengalaman menternak sekurang-kurangnya satu tahun dan masih aktif beroperasi
  • Mempunyai kawasan menternak yang sah dan kemudahan yang sesuai
  • Pemohon tidak menerima bantuan yang sama dari agensi/ jabatan lain dan pemohon berupaya untuk melaksana dan mengurus projek

CARA MEMOHON SKIM REZEKI TERNAK RUMINAN 2022

Sekiranya anda merupakan penternak yang berkelayakan dan berminat untuk mohon Skim Rezeki Ternak Ruminan bagi tahun 2022, pastikan anda hantar permohonan selewat-lewatnya 31 Disember 2021.

Permohonan boleh dibuat menggunakan borang permohonan Program Skim Rezeki Ternak yang boleh dicapai melalui QR Code yang disertakan atau borang yang disertakan di bawah:

BORANG PERMOHONAN PROGRAM SKIM REZEKI TERNAK

Borang permohonan yang telah lengkap boleh dihantar ke Pejabat Perkhidmatan Veterinar/ Pusat Operasi VetEC berhampiran.

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan berkenaan Skim Rezeki Ternak, anda boleh hubungi pegawai bertugas di talian 03 8870 2406/ 03 8670 2421 atau terus ke laman web www.dvs.gov.my

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma