SPN 2021: Program Jaminan Pekerjaan Bersama KBS Malaysia. Elaun RM1,200 Diberi

Program Skim Perantisan Nasional merupakan program tawaran baharu Kolaborasi Rentas Kementerian bagi memberi pengalaman bekerja melalui jaminan pekerjaan oleh syarikat/organisasi yang terlibat dan membantu melonjakkan kebolehpasaran belia pasca COVID-19.

SPN dilaksanakan berdasarkan konsep jaminan pekerjaan. Setiap perantis yang layak secara prinsipnya telah mendapat jaminan pekerjaan dengan syarikat yang akan ditempatkan kelak.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut permohonan Skim Perantisan Nasional buat belia.

OBJEKTIF PROGRAM SKIM PERANTISAN NASIONAL

Objektif program ini dilaksanakan adalah bagi:

  • Menyediakan sistem sokongan dengan memberi pengalaman pekerjaan kepada belia.
  • Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran belia dalam dunia pekerjaan sebenar melalui latihan soft-skills dan on-the-job-training.
  • Membantu mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan belia.

MANFAAT PROGRAM

  • Perantis berpeluang untuk menimba pengalaman dan mempraktikkan pengetahuan yang dipelajari dalam realiti pekerjaan sebenar.
  • Meningkatkan potensi diri dan memperoleh kemahiran yang diperlukan melalui pemantauan dan tunjuk ajar tenaga kerja berpengalaman.
  • Membantu menangani kesukaran belia mencari dan mendapat pekerjaan.
  • Mewujudkan peluang pekerjaan dan mengurangkan kadar pengangguran.
  • Program SPN bertindak sebagai penampan dalam usaha merancakkan semula ekonomi pasca Covid-19.

KELEBIHAN PROGRAM

Jangan lepaskan peluang ini, pelbagai kelebihan ditawarkan seperti:

  • Latihan bagi meningkatkan kebolehpasaran
  • Peluang diserap untuk terus bekerja
  • Gaji RM1,200 ke atas

SYARAT KELAYAKAN

Hanya pemohon yang memenuhi syarat kelayakan berikut sahaja akan dipertimbangkan:

  • Berumur 18 hingga 30 tahun
  • Lepasan sekolah/ graduan yang menganggur/ tidak mempunyai pekerjaan tetap
  • Boleh berkomunikasi dan menulis dalam bahasa Melayu dan Inggeris dengan baik
  • Tiada rekod jenayah
  • Tidak bankrap

CARA MOHON

Pemohon perlu mengisi borang permohonan secara atas talian melalui laman berikut:

Borang yang lengkap diisi perlu disertakan dengan gambar dan resume pemohon.

Pihak Urus Setia SPN akan menghubungi pemohon melalui emel dalam tempoh 14 hari selepas tarikh permohonan. Pemohon yang berjaya akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh hubungi Sekretariat SPN melalui maklumat berikut:

  • Sekretariat Skim Perantisan Nasional (SPN)
    Kementerian Belia dan Sukan Aras 11,
    Menara KBS No 27 Persiaran Perdana Presint 4
    62570 Putrajaya
  • Tel: 03-8871 3265 / 03-8871 3273
  • ebelia.iyres.gov.my

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma