SPUR PUNB 2.0: Skim Pembiayaan Usahawan Terkesan Covid-19 Sehingga RM100 Ribu
Pandemik Covid-19 yang melanda negara kita sejak tahun 2020 telah memberi impak yang sangat besar terutama kepada golongan usahawan yang terpaksa menggulung tikar dan terjejas. Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) telah memperkenalkan satu skim baharu untuk membantu usahawan yang terkesan akibat Covid-19.
Skim Pembiayaan Usahawan Terkesan Covid-19 (SPUR) diperkenalkan dengan matlamat untuk membantu individu Bumiputera yang ingin ceburi atau sedang menjalankan perniagaan dan terkesan ekoran penularan pandemik.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut berkenaan pembiayaan yang ditawarkan dan cara mohon.
Isi Kandungan
OBJEKTIF SPUR
Pelaksanaan SPUR oleh PUNB adalah dengan objektif berikut:
- Meningkatkan penglibatan Bumiputera dalam bidang keusahawanan
- Menyediakan kemudahan dari aspek kewangan dan pembangunan keusahawanan
- Memastikan usahawan dan perniagaan Bumiputera kekal berdaya saing dan berdaya tahan
- Mempergiat aktiviti perniagaan dan meningkatkan ekonomi
MAKLUMAT PEMBIAYAAN
- Jumlah pembiayaan: RM50 ribu hingga RM100 ribu
- Kadar keuntungan: 3.5% setahun (berdasarkan kadar baki bulanan)
- Tempoh pembiayaan: Sehingga 5.5 tahun (termasuk 6 bulan moratorium)
KEISTIMEWAAN SPUR
Antara keistimewaan memohon pembiayaan SPUR adalah:
- Kursus dan latihan yang akan disediakan untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan usahawan dalam bidang pengurusan kewangan, pemasaran, tadbir urus korporat dan pengurusan am.
- Usahawan berpeluang untuk menjalankan perniagaan mereka (jika ada) dengan kadar sewaan hartanah PUNB yang kompetitif
- Ibra’ (rebat) sehingga 50% daripada jumlah pembiayaan diberikan kepada pembayar pembiayaan yang baik (tertakluk kepada terma dan syarat)
SYARAT KELAYAKAN
Berikut adalah syarat kelayakan yang ditetapkan bagi memohon SPUR PUNB 2.0:
- Bumiputera yang telah hilang pekerjaan akibat penyusutan ekonomi ekoran penularan wabak Covid-19
- Berumur 18 hingga 55 tahun
- Warganegara Malaysia
- Perniagaan sepenuh masa
- Perniagaan jenis entiti milikan tunggal/ perkongsian/ Perkongsian Liabiti Terhad (PLT)/ Sendirian Berhad
- Perniagaan patuh Syariah
JENIS PERNIAGAAN
Sektor perniagaan yang layak untuk dibiaya menerusi skim ini adalah:
- Perniagaan dalam bidang peruncitan.
- Sistem dan automasi.
- Kesihatan.
- Hospitaliti.
- Penggerak perniagaan (pembangunan perisian, logistik, penggudangan dan perkhidmatan penghantaran).
- Kreatif (kraftangan, cenderahati, seni lukis, seni halus (kaligrafi), animasi (infografik), hiasan dalaman dan fesyen).
- Pertanian dan perlombongan.
- Perumahan dan hartanah (aktiviti perniagaan melibatkan kerja-kerja pembinaan).
- Kewangan (Pembiayaan dan pajakan samada produk kewangan/bukan kewangan, bitcoin, dagangan wang asing (forex), pajak gadai dan perkhidmatan kiriman wang).
CARA MOHON
Usahawan yang berminat dengan pembiayaan yang ditawarkan boleh mohon sekarang melalui laman web yang disediakan di pautan berikut:
Isikan maklumat yang diminta sehingga selesai dan muat naik dokumen serta video perniagaan yang diminta untuk proses penilaian. Pastikan dokumen yang lengkap dihantar mengikut kategori pilihan pembiayaan.
DOKUMEN SOKONGAN
Berikut adalah senarai dokumen sokongan yang diperlukan untuk buat permohonan:
i) Perniagaan yang telah beroperasi
- Surat/bukti pemberhentian kerja.
- Rancangan Perniagaan (pemohon perlu mengisi maklumat diperlukan semasa permohonan).
- Salinan kad pengenalan (pemohon, rakan kongsi, pengarah syarikat, pemegang saham).
- Gambar berukuran pasport (pemohon, rakan kongsi, pengarah syarikat, pemegang saham).
- Penyata akaun bank bagi tempoh 3 bulan dari tarikh terkini (penyata akaun bank individu/akaun gaji ketika membuat permohonan).
- Penyata Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) terkini
- Penyata akaun transaksi perniagaan atau rekod jualan perniagaan bagi tempoh 3 bulan.
- Lesen perniagaan dari majlis/lesen khas/perjanjian sewa premis perniagaan dan lesen lain yang berkaitan.
- Pendaftaran syarikat:
- Bagi pendaftaran Enterpris, sila sertakan Borang D (Milikan
- Tunggal/Perkongsian/Perkongsian Liabiliti Terhad (LLP).
- Bagi perniagaan Sendirian Berhad, sila sertakan Borang 9,24,44,49,32A,M&A atau seksyen 17,78,46(3),58 (Sdn Bhd), 105, perlembagaan atau yang setara.
ii) Perniagaan yang baru beroperasi
- Salinan kad pengenalan (pemohon, rakan kongsi, pengarah syarikat, pemegang saham).
- Surat/bukti pemberhentian kerja. (mula diberhentikan kerja dari Januari 2020)
iii) Video syarikat dan perniagaan (pautan sahaja)
Spesifikasi video adalah seperti berikut:
- Video dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.
- Sumber pautan dari YouTube (video haruslah terus kekal berada di YouTube sehingga keputusan permohonan pembiayaan diperolehi).
- Durasi maksimum video selama 3 minit.
- Pengenalan latar belakang perniagaan dan syarikat.
- Penerangan tentang produk atau perkhidmatan ditawarkan.
- Keistimewaan produk atau perkhidmatanVideo haruslah