Cara Refund Tiket ETS Online 2026: Panduan Lengkap Guna KITS (Elak Rugi) •Bagasi Rosak Selepas Flight? Ini Cara Claim Ganti Rugi Di Airport (Panduan Lengkap 2026) •Sekatan Perjalanan Ke Luar Negara: Cara Semak Status Cukai LHDN & Elak Kena Tahan Di Airport •Tak Pandai Masak? Ini Cara Jadi Vendor Makanan 2026 Yang Menguntungkan •Cara Beli Rumah Tanpa Modal 2026: Teknik Full Loan, KWSP & Skim Kerajaan (Panduan Lengkap) • Cara Refund Tiket ETS Online 2026: Panduan Lengkap Guna KITS (Elak Rugi) •Bagasi Rosak Selepas Flight? Ini Cara Claim Ganti Rugi Di Airport (Panduan Lengkap 2026) •Sekatan Perjalanan Ke Luar Negara: Cara Semak Status Cukai LHDN & Elak Kena Tahan Di Airport •Tak Pandai Masak? Ini Cara Jadi Vendor Makanan 2026 Yang Menguntungkan •Cara Beli Rumah Tanpa Modal 2026: Teknik Full Loan, KWSP & Skim Kerajaan (Panduan Lengkap) •

Skim Pembiayaan Rumah Asnaf Bergaji. Miliki Rumah Dengan Pembiayaan Zakat Kedah

Oleh Cikgu Shaari • February 10, 2021 • 2 min baca

Skim Pembiayaan Rumah Asnaf Bergaji. Miliki Rumah Dengan Pembiayaan Zakat Kedah
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) memperkenalkan Skim Pembiayaan Rumah Asnaf Bergaji bagi membantu golongan berkenaan memiliki kediaman sendiri, walaupun mereka berpendapatan rendah dan tidak layak mendapat pinjaman bank.

Pegawai Eksekutif LZNK Zakaria Othman berkata menerusi skim dengan kerjasama Islam Malaysia Bhd itu, LZNK akan menanggung sebahagian  daripada kos keseluruhan pembinaan rumah dengan sokongan pembiayaan daripada pinjaman bank.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut Skim Pembiayaan Rumah Asnaf yang ditawarkan.

PEMBIAYAAN SKIM RUMAH ASNAF BERGAJI

Menerusi skim dengan kerjasama Bank Islam Malaysia Bhd,

  • LZNK akan menanggung sebanyak 50% daripada kos keseluruhan pembinaan rumah (nilai maksimum RM45,000)
  • 50% lagi akan dibiayai melalui pinjaman bank

GOLONGAN YANG LAYAK

Golongan yang layak mendapatkan rumah melalui Skim Pembiayaan Rumah Asnaf Bergaji ini adalah:

  • Golongan asnaf berpendapatan RM1,200 dan ke bawah
  • Golongan yang tidak layak mendapatkan pinjaman bank untuk membeli rumah

JUMLAH YANG PERLU DIBAYAR

Melalui skim ini, golongan yang layak hanya perlu membayar kepada pihak bank sebanyak:

  • RM260 sebulan selama 10 tahun

Ini bermakna, harga rumah yang perlu dibayar hanya RM26,000 dengan kos bulanan yang sangat rendah dan mampu milik. Rumah melalui skim tersebut akan sepenuhnya dimiliki oleh pemohon.

PERMOHONAN SKIM PEMBIAYAAN RUMAH ASNAF BERGAJI

Setakat ini, pihak LZNK telah meluluskan dua permohonan dengan kedua-dua kediaman siap dibina dan kunci telah diserahkan kepada pemiliknya baru-baru ini.

“Kami difahamkan program seumpama ini adalah yang pertama di negara ini dan kita nak lihat sejauh mana ia berjaya dan LZNK menyasarkan seramai 20 lagi asnaf bergaji akan mendapat manfaat daripada skim ini sepanjang tahun ini,”

Untuk menyertai skim berkenaan, pemohon perlulah:

  • Melepasi siasatan LZNK
  • Tidak disenarai hitam bagi membolehkan pihak bank meluluskan permohonan pinjaman peribadi
Nota: Pemohon tidak semestinya mempunyai tanah bergeran di atas nama sendiri kerana mereka boleh dapatkan kebenaran bertulis daripada mana-mana pihak untuk membina rumah di atas tapak bersesuaian.
Untuk mohon, orang ramai dinasihatkan untuk terus ke cawangan Lembaga Zakat Negeri Kedah berdekatan DI SINI. Berikut adalah alamat ibu pejabat LZNK:
  • Menara Zakat,
    Jalan Teluk Wan Jah,
    05200, Alor Setar,
    Kedah
  • Tel: 04 733 1740

Sumber

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.