Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) • Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) •

Skim Pembiayaan Online TEKUN (SPOT): Mohon Pembiayaan Sehingga RM10,000 Untuk Usahawan Online

Oleh Cikgu Shaari • August 29, 2022 • 1 min baca

Skim Pembiayaan Online TEKUN (SPOT): Mohon Pembiayaan Sehingga RM10,000 Untuk Usahawan Online
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Skim Pembiayaan Online Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga Nasional (TEKUN) Nasional atau SPOT diperkenalkan sebagai satu skim pembiayaan baharu di bawah TEKUN Nasional. Sebagai permulaan sebanyak RM10 juta diperuntukkan dengan sasaran kepada 1,000 usahawan khususnya usahawan dalam talian bagi mengembangkan perniagaan mereka.

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) dalam satu kenyataan memaklumkan, skim pembiayaan SPOT terbuka kepada usahawan informal dan mikro (Bumiputera dan India).

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut pembiayaan ditawarkan dan panduan buat permohonan bagi usahawan online yang berkelayakan.

MAKLUMAT PEMBIAYAAN

  • Nama pembiayaan: Skim Pembiayaan Online Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga Nasional (TEKUN) Nasional (SPOT)
  • Kadar pembiayaan: Dari RM1,000 sehingga RM10,000
  • Caj pengurusan: 3% setahun dikenakan dengan menggunakan konsep Tawarruq
  • Tarikh permohonan: Mulai 20 Ogos 2022

SYARAT KELAYAKAN

Usahawan yang layak memohon adalah usahawan yang berkelayakan seperti berikut:

  • Berumur 18 hingga 65 tahun
  • Usahawan informal dan mikro
  • Merupakan Bumiputera dan India

CARA MOHON

Permohonan pembiayaan bagi usahawan online yang berkelayakan seperti dinyatakan di atas boleh dibuat mulai 20 Ogos 2022 melalui:

  • Hadir ke Pejabat Cawangan TEKUN (menerusi perkhidmatan di kaunter)

Senarai pejabat cawangan TEKUN boleh dirujuk melalui pautan:

Untuk maklumat lebih lanjut berkenaan Skim Pembiayaan Onine TEKUN Nasional, anda boleh terus ke laman web https://www.tekun.gov.my/.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.