Calon Temuduga Guru Wajib Tahu: Jangan Terlalu Fokus Fail Sampai Abaikan Persediaan Sebenar •Malaysia MADANI: Maksud, 6 Tonggak KEMAHI & Kepentingan Kepada Calon Guru •Perbezaan PDPP vs CoS: Ramai Masih Keliru, Ini Penjelasan Paling Mudah Faham •Semakan & Rayuan Tingkatan 6 2026: Tarikh Penting, Cara Semak & Panduan Lengkap •Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave • Calon Temuduga Guru Wajib Tahu: Jangan Terlalu Fokus Fail Sampai Abaikan Persediaan Sebenar •Malaysia MADANI: Maksud, 6 Tonggak KEMAHI & Kepentingan Kepada Calon Guru •Perbezaan PDPP vs CoS: Ramai Masih Keliru, Ini Penjelasan Paling Mudah Faham •Semakan & Rayuan Tingkatan 6 2026: Tarikh Penting, Cara Semak & Panduan Lengkap •Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •

Tawaran Skim Pembiayaan Hafiz (SPH) JAKIM Tahun 2022 Kini Dibuka

Oleh Cikgu Shaari • April 14, 2022 • 2 min baca

Tawaran Skim Pembiayaan Hafiz (SPH) JAKIM Tahun 2022 Kini Dibuka
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Skim Pembiayaan Hafiz (SPH) merupakan biasiswa yang ditawarkan kepada pelajar-pelajar hafiz yang memiliki diploma/ sijil tahfiz yang diiktiraf oleh kerajaan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi di Institusi Pengajian Tinggi dalam dan luar negara.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mempelawa pelajar hafiz yang ingin dapatkan pembiayaan untuk melanjutkan pengajian memohon skim pembiayaan yang ditawarkan. Sila pastikan calon calon membaca dengan teliti syarat permohonan sebelum melengkapkan borang permohonan dan dokumen dokumen sokongan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut permohonan Skim Pembiayaan Hafiz (SPH) JAKIM.

TARIKH PERMOHONAN

Permohonan Skim Pembiayaan Hafiz bagi tahun 2022 boleh dibuat sepanjang tempoh berikut:

  • 12 hingga 24 April 2022

SYARAT KELAYAKAN

Hanya pemohon yang memenuhi syarat kelayakan berikut sahaja akan dipertimbangkan:

  • Warganegara Malaysia
  • Mendapat tawaran sambung belajar ke peringkat lebih tinggi
  •  Hanya Sijil Tahfiz Malaysia yang dikeluarkan oleh JAKIM dan Sijil Tahfiz yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama JAKIM sahaja yang boleh digunakan untuk permohonan skim ini
  • Skim ini hanya memberi pembiayaan kepada pelajar-pelajar yang menyambung pengajian di peringkat Ijazah, Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah sahaja.
  • Hanya calon yang melepasi syarat sahaja akan dipanggil untuk temuduga
  • Sekiranya gagal, pelajar boleh membuat rayuan melalui borang rayuan 14 hari selepas keputusan dikeluarkan.
  • Pelajar hanya dibenarkan untuk menerima satu tajaan sahaja.

INDIVIDU YANG TIDAK LAYAK

Individu yang tidak layak membuat permohonan adalah:

  • Calon yang telah mendapat tajaan / biasiswa daripada mana-mana penaja;
  • Pelajar yang sedang mengikuti kursus peringkat matrikulasi / Asasi Sains / Pra Universiti / Foundation / Pensijilan Tahfiz al-Quran / Pusat Bahasa;
  • Penjawat awam; dan
  • Pelajar yang sedang mengikuti program Pengajian Jarak Jauh.

KADAR PEMBIAYAAN

Untuk makluman anda, kadar bayaran Skim Pembiayaan Hafiz adalah mengikut kadar yang telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan Malaysia. Skim ini membiayai:

  • Yuran
  • Elaun

Elaun akan dibayar dan dikreditkan secara terus ke akaun pelajar. Skim ini tidak membiayai wang pendahuluan dan tiket kapal terbang.

CARA MEMOHON

Sekiranya anda memenuhi syarat kelayakan dan berminat untuk dapatkan pembiayaan , anda boleh mohon pada tarikh yang ditetapkan secara atas talian di pautan berikut:

Permohonan akan ditutup pada 24 April 2022. Sebarang pertanyaan lanjut, sila berhubung dengan Unit Skim Pembiayaan Hafiz JAKIM di talian 03-88707141/7142/7146/7149 atau talian hotline SPH di 011-53587010.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.