Skim I-Agro Selangor: Cara Mohon Skim Pembiayaan Perniagaan Sehingga RM50,000

Skim I-Agro menawarkan modal tambahan dari RM1,000 sehingga RM50,000 kepada usahawan yang menjalankan aktiviti pertanian, penternakan dan akuakultur bagi memberi peluang untuk mereka mengembangkan lagi perniagaan yang sedang diusahakan demi meneruskan kelangsungan hidup.

Sekiranya anda sedang menjalankan perniagaan dalam aktiviti yang dinyatakan dan mempunyai lokasi atau tapak yang khusus, anda boleh buat permohonan pembiayaan secara online melalui laman disediakan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut pembiayaan ditawarkan dan panduan buat permohonan.

MAKLUMAT PEMBIAYAAN

  • Nama program: Skim i-Agro
  • Had pembiayaan: RM1,000 sehingga RM50,000
  • Tempoh pembiayaan: 25 minggu (6 bulan) sehingga 250 minggu (5 tahun)
  • Caj perkhidmatan: 8% setahun

AKTIVITI PERNIAGAAN

Skim I-Agro ini adalah khas untuk aktiviti perniagaan berikut:

  • Pertanian
  • Penternakan
  • Akuakultur

SYARAT KELAYAKAN

Permohonan adalah terbuka kepada individu yang memenuhi syarat kelayakan berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Perniagaan sudah beroperasi
  • Mempunyai SSM/ lesen PBT/ dokumen perjanjian
  • Rakyat/ permastautin negeri Selangor
  • Mengundi di Selangor
  • 18 – 65 tahun
  • Perniagaan sudah beroperasi
  • Mempunyai lokasi atau tapak yang khusus
  • Mempunyai surat perjanjian, salinan geran tanah/ dokumen lain yang sah melibatkan aktiviti ekonomi berkonsepkan aktiviti agro
  • Mempunyai SSM/ permit kebenaran atau lesen PBT yang sah
  • Tidak mempunyai rekod pembiayaan yang tidak baik dari mana-mana institusi kewangan atau agensi kerajaan
  • Terlibat secara langsung dalam perniagaan
  • Satu pembiayaan sahaja dalam satu-satu perniagaan perkongsian

DOKUMEN SOKONGAN

Permohonan mestilah dibuat bersama dokumen sokongan berikut:

  • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan
  • 2 keping gambar berukuran pasport pemohon
  • Salinan lesen perniagaan (SSM/ permit PBT/ kad nelayan/ geran tanah) pemohon
  • Salinan penyata akaun bank 3 bulan terkini/ buku bank pemohon
  • Gambar perniagaan pemohon
  • Salinan bil utiliti premis dan tempat tinggal pemohon

CARA MOHON

Sekiranya anda berminat untuk mengembangkan perniagaan dengan pembiayaan yang ditawarkan, anda boleh buat permohonan secara online melalui pautan berikut:

Untuk maklumat lanjut mengenai program pembiayaan yang ditawarkan, anda boleh boleh terus ke laman web rasmi www.hijrahselangor.com.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma