Info

Skim Pelajar Perniagaan: Cara Daftar SSM Percuma Buat Pelajar

July 13, 2020Oleh Cikgu Shaari1 min baca
Skim Pelajar Perniagaan: Cara Daftar SSM Percuma Buat Pelajar

Skim Pelajar Perniagaan SSM telah diumumkan dalam bajet 2017 dan mula berkuatkuasa sejak 1 Januari 2017 sehingga 31 Disember 2026 bagi memberikan pelajar-pelajar di pusat pengajian dalam negara menikmati pendaftaran perniagaan secara percuma.

Geran RM10 juta diperuntukkan oleh SSM bagi tempoh 10 tahun dengan RM1 juta setiap tahun kepada pelajar-pelajar yang layak.

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui syarat kelayakan mendaftar SSM percuma melalui Skim Pelajar Perniagaan dan cara mendaftar.

SYARAT KELAYAKAN

Antara syarat kelayakan yang perlu dipenuhi adalah:

  • Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas
  • Sedang mengikuti pengajian sepenuh masa di mana-mana pusat pengajian dalam negara yang diiktiraf oleh kerajaan
  • Terpakai kepada pendaftaran perniagaan baharu untuk tempoh satu tahun bagi setiap pelajar di sepanjang tempoh pelaksanaan skim
  • Rakan kongsi hendaklah terdiri dari kalangan pelajar

CARA DAFTAR SSM PERCUMA

Pendaftaran SSM percuma di bawah Skim Pelajar Perniagaan boleh dilakukan melalui kaunter perkhidmatan pendaftaran perniagaan di SSM terdekat anda. Pelajar yang layak perlu kemukakan dokumen berikut ketika membuat pendaftaran:

  • Kad Pengenalan
  • Dua (2) salinan kad pelajar yang masih dalam tempoh sahlaku
  • Salinan asal surat perakuan pelajar IPTA/ IPTS/ Politeknik/ Kolej/ Institut Kemahiran/ Pusat Kemahiran

Jika anda mempunyai pertanyaan lanjut mengenai pendaftaran SSM, anda boleh hubungi talian 1 300 40 4636 atau email ke callcenter@ssm-einfo.my.

Baca juga: Cara Renew SSM Secara Online

Topik artikel ini
Info
Ditulis oleh
Profil Penulis

Cikgu Shaari

Penulis Pendidikan & Kerjaya

Dikenali dengan gaya penulisan yang mudah difahami dan memberi inspirasi, Cikgu Shaari berkongsi pelbagai panduan pendidikan dan kerjaya di edubestari.com. Beliau percaya bahawa pendidikan adalah kunci utama kejayaan dan perubahan masa depan.

Lihat semua artikel
Update Pantas Join Telegram EduBestari Notis penting, semakan dan artikel terbaru terus ke telefon anda