Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) • Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) •

Nak Bekerja Di Universiti Sambil Belajar? Tawaran Skim Pelajar Bekerja WEZAS UPSI Kini Dibuka

Oleh Cikgu Shaari • March 22, 2022 • 2 min baca

Nak Bekerja Di Universiti Sambil Belajar? Tawaran Skim Pelajar Bekerja WEZAS UPSI Kini Dibuka
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Skim Pelajar Bekerja adalah satu inisiatif oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) untuk memupuk bakat muda dan mendedahkan pelajar kepada persekitaran kerja semasa pengajian mereka. Skim ini diperkenalkan juga bertujuan untuk membantu pelajar yang memerlukan bantuan kewangan untuk mendapatkan wang tambahan tanpa menjejaskan pengajian mereka.

Skim ini telah terbukti berjaya dan telah menerima permohonan dari kalangan pelajar setiap tahun. tawaran kerja melalui skim ini melibatkan pelbagai jabatan, pejabat dan fakulti universiti. Pelajar UPSI yang berkelayakan dan berminat untuk menjana pendapatan sambil belajar boleh buat permohonan sekarang!

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut skim yang ditawarkan dan panduan buat permohonan bagi yang berminat.

MANFAAT SKIM PELAJAR BEKERJA

Melalui Skim Pelajar Bekerja, WEZAS UPSI memberi peluang manfaat kepada pelajar seperti:

  • Memupuk bakat muda dan mendedahkan pelajar kepada persekitaran kerja semasa pengajian mereka
  • Membantu pelajar yang memerlukan bantuan kewangan untuk mendapatkan wang tambahan tanpa menjejaskan pengajian mereka
  • Memberi peluang kepada pelajar untuk mendapatkan pengalaman bekerja yang baik pada masa yang sama membantu jabatan/ fakulti menyiapkan tugasan dengan lancar

KRITERIA & SKOP KERJA

berikut adalah kriteria kelayakan dan skop kerja bagi setiap skim jawatan yang ditawarkan:

Pembantu Wakaf & Zakat

  • Terbuka kepada lelaki dan perempuan
  • Minat dengan aktiviti penjanaan Dana Kewangan islam
  • Semangat meneroka sesuatu yang baru
  • Boleh bekerja di luar kawasan apabila perlu (perbelanjaan akan ditanggung)
  • Bertanggungjawab membantu penjanaan Dana menggunakan medium “offline” dan “online”
  • Mahir menggunakan aplikasi Tiktok adalah satu kelebihan

Pembantu Operasi & Kewangan

  • Terbuka kepada lelaki dan perempuan
  • Minat dengan aktiviti dokumentasi dan pengurusan pejabat
  • Semangat meneroka sesuatu yang baru
  • Boleh bekerja di luar kawasan apabila perlu (perbelanjaan akan ditanggung)
  • Bertanggungjawab membantu aktiviti pentadbiran, kewangan dan operasi PTj

CARA MOHON

Sekiranya anda berminat dengan jawatan ditawarkan melalui Skim Pelajar Bekerja dan berminat nak berkhidmat dengan WEZAS UPSI, anda boleh buat permohonan secara online. Permohonan boleh dihantar melalui laman berikut:

Untuk maklumat lanjut berkenaan Skim Pelajar Bekerja yang ditawarkan oleh WEZAS UPSI, anda boleh terus ke laman web rasmi WEZAS di pautan https://wezasupsi.my/.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.