Skim Peduli Sihat: Selangor Tambah Manfaat RM16,000 Setiap Orang, Ini Cara Semak Kelayakan & Permohonan Online
Skim Peduli Sihat telah diperkenalkan dengan tujuan meringankan beban kos sara hidup yang tinggi dalam kalangan B40 terutamanya bagi perkhidmatan penjagaan kesihatan asas. Melalui skim ini, Negeri Selangor telah membiayai rawatan kesihatan asas keluarga yang layak sehingga RM500 setahun bagi skim ini.
Namun kini kerajaan Selangor memperuntukkan sejumlah RM42 juta bagi menambah baik Skim Insurans Peduli Sihat dengan memberikan manfaat RM16,000 kepada penerima skim.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut mengenai manfaat tambahan dalam Skim Peduli Sihat dan cara semak kelayakan serta permohonan secara online.
Isi Kandungan
MANFAAT SKIM PEDULI SIHAT
1) Skim Peduli Sihat Penjawat Awam (PSPA)
Skim PEDULI SIHAT PENJAWAT AWAM (PSPA) membolehkan Penjawat Awam Kerajaan Negeri Selangor Gred 44 dan ke bawah untuk menerima rawatan kesihatan dan perubatan daripada hospital panel (hospital swasta).
Kos rawatan kesihatan dan perubatan tersebut akan dibiayai oleh Kerajaan Negeri Selangor sehingga RM 10,000 setahun seorang.
Untuk maklumat lanjut layari:
2) Skim Rawatan Jantung
Skim Rawatan Jantung Negeri Selangor menawarkan khidmat rawatan jantung secara percuma kepada golongan berpendapatan rendah.
Skim ini telah dilaksanakan bermula tahun 2018 dengan peruntukan sebanyak RM10 juta setahun yang dibiayai oleh Kerajaan Negeri Selangor dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).
Untuk maklumat lanjut layari:
3) Kad Peduli Sihat
Bagi Skim Peduli Sihat, pemohon yang layak akan diberikan Kad Peduli Sihat Selangor bagi menerima rawatan di 1,000 klinik berdaftar di Selangor dan Lembah Klang.
Kad kesihatan Peduli Sihat adalah membolehkan pemegang akaun utama serta tanggungan, isteri dan juga anak di bawah 21 tahun menerima rawatan doktor di klinik berdaftar menurut had gunaan dan kelayakan yang ditetapkan,
Baca sini: 2 Kategori Kad Kesihatan Skim Peduli Sihat
Klinik yang berdaftar dengan Peduli Sihat akan mengenakan bayaran yuran konsultasi doktor yang tidak membebankan rakyat selaras dengan yuran ditetapkan Persatuan Perubatan Malaysia (MMA).
Semak senarai klinik panel di pautan berikut:
3) Manfaat Tambahan Skim Peduli Sihat
Menerusi penambahbaikan yang dilakukan ini, skim berkenaan akan turun memberi perlindungan kesihatan melibatkan:
- Bantuan Pengebumian berjumlah RM1,000
- Perlindungan Kemalangan Diri berjumlah RM5,000
- Perlindungan Penyakit Kritikal berjumlah RM5,000
- Insurans Nyawa/ Hayat berjumlah RM5,000
SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN
Berikut adalah syarat kelayakan permohonan Skim Peduli Sihat:
- Warganegara Malaysia
- Lahir di Negeri Selangor atau telah menetap di Selangor melebihi 10 tahun
- Pendapatan seisi rumah RM3000 dan ke bawah bagi pemohon Kategori A (Keluarga)
- Pendapatan individu RM1500 dan ke bawah bagi pemohon Kategori B (Individu)
CARA MEMOHON
Permohonan Skim Peduli Sihat boleh dilakukan secara manual atau atas talian (online).
Baca juga: Cara Mohon Dan Semak Kelayakan Rumah Selangorku
Permohonan Secara Manual
Untuk permohonan secara manual, pemohon boleh dapatkan borang yang disediakan di bawah dan lengkapkan:
Borang pendaftaran yang telah dilengkapkan boleh dihantar terus ke Pejabat Ahli Dewan negeri Selangor atau penyelaras Dewan Negeri Selangor.
Berikut adalah senarai penuh Pejabat Ahli Dewan Negeri atau Penyelaras DUN:
Permohonan Secara Online
Untuk membuat permohonan secara online, lengkapkan borang di pautan berikut:
Semakan kelayakan boleh dibuat di pautan berikut:
Untuk maklumat lanjut mengenai Skim Peduli Sihat oleh Kerajaan Negeri Selangor boleh dirujuk DI SINI. Anda juga boleh ajukan pertanyaan terus di talian 03-5525 6600 atau emel ke info@pedulisihat.com.