Daftar Skim Latihan Graduan: Peluang Kerjaya Buat Anak Pahang
Berita baik buat graduan anak kelahiran Negeri Pahang yang masih mencari pekerjaan. Yayasan Pahang kini membuka tawaran Program Skim Latihan Graduan Anak Pahang kepada graduan yang masih belum bekerja.
Graduan anak Pahang berpeluang untuk mendapatkan peluang pekerjaan melalui skim latihan yang ditawarkan.
Sekiranya anda berminat dan memenuhi kriteria kelayakan yang ditetapkan, anda boleh mohon sekarang.
Isi Kandungan
SYARAT KELAYAKAN
Hanya pemohon yang memenuhi syarat kelayakan berikut sahaja akan dipertimbangkan:
- Graduan anak Negeri Pahang Darul Makmur (Ditakrifkan sebagai salah seorang dilahirkan di Negeri Pahang sama ada Graduan/ Ibu/ Bapa)
- Pemohon mestilah beralamat surat menyurat di Negeri Pahang Darul Makmur
- Telah tamat pengajian dan masih belum bekerja
- Mencapai CGPA 2.5 ke atas
- Pengajian di dalam bidang Ijazah Kejuruteraan Awam
CARA DAFTAR
Sekiranya anda berminat dengan program latihan yang ditawarkan dan memenuhi kriteria di atas, anda boleh hantarkan resume kepada pihak Yayasan Pahang melalui email berikut:
- hatika@yp.org.my; ATAU
- farrah@yp.org.my
Pemohon dinasihatkan untuk hantar resume sebelum atau pada 07 Mei 2021 (Jumaat). Hanya calon yang terpilih sahaja akan dihubungi untuk temuduga. Sebarang pertanyaan hendaklah melalui email sahaja seperti alamat email di atas.