Skim Khidmat Pelajar: Tawaran Kerja Sambilan Di Universiti Buat Pelajar UiTM Dibuka

Panggilan buat pelajar di UiTM yang sedang dalam tempoh pengajian dan berhasrat untuk menambah pendapatan atau mencari pendapatan sampingan! UiTM menawarkan Skim Khidmat Pelajar (SKP) bagi memberi peluang kepada pelajar memperoleh pendapatan melalui perkhidmatan yang ditawarkan di samping menambah pengalaman kerja.

Permohonan adalah dipelawa kepada pelajar-pelajar peringkat pengajian Diploma atau Ijazah Sarjana Muda (UiTM) Shah Alam/ Cawangan Selangor untuk melaksanakan tugas Pengkeranian (Pentadbiran) di Institut Farmakogenomiks Integratif (iPROMISE) di bawah Skim Khidmat Pelajar (SKP).

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut skim perkhidmatan ditawarkan dan panduan buat permohonan bagi yang berminat.

MAKLUMAT JAWATAN

  • Nama jawatan: Skim Khidmat Pelajar (SKP)
  • Jenis perkhidmatan: Pengkeranian (Pentadbiran)
  • Tempoh perkhidmatan: September 2022 – Disember 2022 (Isnin hingga Jumaat)
  • Masa: 8 pagi hingga 5 petang
  • Kadar bayaran: RM4.00 sejam
  • Tarikh tutup permohonan: 30 September 2022

SYARAT KELAYAKAN

Tawaran adalah terbuka kepada individu yang berkelayakan seperti berikut:

  • Pelajar peringkat pengajian Diploma atau Ijazah Sarjana Muda (UiTM) Shah Alam/ Cawangan Selangor
  • Pelajar yang telah tamat pengajian dan belum konvokesyen digalakkan memohon. Kekosongan perkhidmatan adalah terhad.

CARA MOHON

Sekiranya anda berminat untuk sertai Skim Khidmat Pelajar seperti yang ditawarkan, anda boleh buat permohonan dengan mengisi borang permohonan yang disediakan dan hantar ke alamat dinyatakan selewat-lewatnya 30 September 2022.

Borang permohonan boleh dimuat turun di bawah:

BORANG PERMOHONAN SKIM KHIDMAT PELAJAR (SKP) UITM

Borang permohonan yang lengkap diisi mestilah dihantar ke alamat berikut;

  • INSTITUT FARMAKOGENOMIKS INTEGRATIF (iPROMISE)
    Aras 7, Bangunan FF3, UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam,
    42300, Bandar Puncak Alam,
    Selangor, Darul Ehsan

Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh berhubung dengan Pegawai Eksekutif (Nor Nabiha) atau Kerani (Muhammad Aswad) di talian 03 3258 4652 atau emel ke alamat ipromise@uitm.edu.my.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma