Pendaftaran Skim Kafalah Muzakki, Sumbangan RM3000 PPZ-MAIWP

Skim Kafalah Muzakki atau dikenali sebagai Skim Khairat Kematian merupakan sumbangan ikhlas dan tanda kasih sayang dari PPZ-MAIWP.

Skim berjumlah RM3000 ini akan diberikan kepada waris pembayar zakat apabila berlaku kematian terhadap pembayar zakat yang membayar zakat di PPZ-MAIWP serta tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan.

Skim ini sedikit sebanyak mampu meringankan beban waris pembayar zakat untuk menguruskan perbelanjaan kematian dan lain-lain. Anda hanya perlu bayar zakat serendah RM50 setahun untuk melayakkan anda sertai skim ini.

Anda boleh membuat pendaftaran dan pembayaran zakat sekarang dengan langkah yang dikongsikan berikut.

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah syarat-syarat kelayakan bagi Skim Kafalah Muzakki:

  • Anda perlu menjadi pembayar zakat PPZ-MAIWP
  • Pembayaran zakat mestilah bermula pada tahun 2019
  • Bayar zakat minimum RM50 setahun pada setiap tahun di PPZ-MAIWP
  • Pembayar zakat yang membuat bayaran dalam tahun kematian atau mempunyai rekod bayaran zakat pada (1) tahun sebelum kematian
  • Permohonan tuntutan oleh waris/penama/pemohon adalah dalam masa 6 bulan selepas tarikh kematian
  • Bayaran zakat adalah tertakluk kepada Zakat Harta sahaja

SIAPA YANG LAYAK UNTUK MEMOHON?

  • Ibu/Bapa
  • Balu/Duda
  • Anak Angkat (Sah dari segi undang-undang)
  • Anak
  • Pihak Ketiga – NGO/organisasi/badan-badan kebajikan yang berdaftar

CARA MEMOHON

Untuk membuat permohonan, pemohon perlu mengisi Borang Skim Kafalah dan serahkan borang tersebut bersama dokumen sokongan di kaunter PPZ-MAIWP di Wilayah Persekutuan. Berikut adalah dokumen sokongan yang diperlukan:

  • Sijil kematian (asal dan salinan)
  • Salinan kad pengenalan Allahyarham (jika ada)
  • Salinan kad pengenalan Pemohon (asal dan salinan)
  • Dokumen hubungan pemohon dengan Allahyarham (sijil asal dan salinan)
  • Surat Pengakuan Sumpah bagi pemohon kategori pihak ketiga
  • Salinan muka surat nombor akaun bank atau salinan penyata akaun bank pemohon

Tempoh bayaran adalah selama 14 hari bekerja dengan menggunakan Pemindahan Wang Secara Elektronik (EFT)

Baca juga: Semakan Permohonan Bantuan Khas Musaadah Khaira Sebanyak RM300 Setiap Orang

Pendaftaran Skim Kafalah Muzakki, Sumbangan RM3000 PPZ-MAIWP

CARA MEMBUAT TUNTUTAN

Untuk proses tuntutan, anda perlu ke kaunter terdekat PPZ-MAIWP. Semak senarai kaunter di bawah:

Baca juga: 11 Jenis Tuntutan Khairat Kematian Yang Waris Boleh Tuntut Apabila Berlakunya Kematian

Untuk maklumat lanjut mengenai Skim Kafalah Muzakki, anda boleh rujuk DI SINI. Dapatkan borang permohonan dengan memuat turun di pautan yang diberikan di bawah. Anda juga boleh buat pembayaran zakat terus di pautan bawah.

DOWNLOAD BORANG PENDAFTARAN

KLIK UNTUK PEMBAYARAN ZAKAT

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma