Skim Insurans Hayat (INSAN): Tawaran Insurans Percuma RM10,000 Setiap Rakyat Kini Dibuka

Skim Insurans Hayat (INSAN): Tawaran Insurans Percuma RM10,000 Setiap Rakyat Kini Dibuka

Skim Insurans Hayat Selangor (INSAN) yang bakal memberi manfaat kepada enam juta penduduk disifatkan antara inisiatif terbaik yang pernah dilaksanakan Kerajaan Negeri kepada rakyatnya. Skim Insurans Hayat ini merupakan usaha Kerajaan Negeri yang sanggup memberikan perlindungan nyawa dan keselamatan dengan nilai berpatutan.

Jumlah perlindungan adalah RM60 bilion oleh Kerajaan Selangor yang bakal memanfaatkan rakyat negeri ini. Pendaftaran bagi rakyat yang berkelayakan boleh dibuat bermula Oktober 2022.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut tawaran Skim insurans Hayat Selangor (INSAN).

SKIM INSURANS HAYAT SELANGOR (INSAN)

Skim Insurans Hayat Selangor (INSAN) merupakan perlindungan insurans am berkumpulan yang bakal dimanfaatkan oleh:

  • 6 juta rakyat Selangor berumur 30 hari sehingga 80 tahun
  • dengan premium insurans ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri.

Inisiatif kerajaan negeri untuk meringankan beban rakyat yang dihimpit pelbagai masalah, melindungi rakyat dengan semangat negeri penyayang.

Tempoh insuran diberi adalah:

  • Selama 12 bulan dari tarikh polisi dikeluarkan

JUMLAH PERLINDUNGAN SKIM INSURANS HAYAT SELANGOR

Kerajaan negeri memperuntukkan jumlah perlindungan sebanyak RM60 bilion melalui inisiaitif ini. Jumlah perlindungan insurans am bagi setiap individu adalah:

  • RM10,000 setiap individu

Perlindungan melalui Skim Insurans Hayat Selangor adalah merangkumi:

  • Kematian
  • Kemalangan
  • Kecederaan mengikut jenis

TARIKH PENDAFTARAN

Tarikh pendaftaran bagi mendapatkan Skim Insurans Hayat Selangor (INSAN) adalah bermula pada:

  • Mulai 1 Oktober 2022 sehingga 30 September 2023

CAR DAFTAR SKIM INSURANS AM SELANGOR

Sekiranya anda merupakan rakyat Selangor yang ingin membuat pendaftaran Skim Insurans Am Selangor percuma yang ditawarkan oleh kerajaan ini, anda boleh buat pendaftaran melalui:

  • Aplikasi WAVPAY e-Wallet

Rujuk panduan bergambar yang disediakan di bawah:

Kerajaan negeri turut mengumumkan peruntukan tambahan RM10 juta bagi melaksanakan Jualan Ehsan Rakyat Selangor bermula 31 Ogos  sehingga 31 Disember depan di seluruh sembilan daerah dan 56 kawasan DUN di negeri ini.

Program ini memfokuskan enam jenis barangan keperluan asas iaitu ayam, daging, ikan, telur, beras, minyak masak dengan harga yang lebih murah dari harga pasaran.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma