Skim Halimatul Saadiah: Tawaran Skim Pengasuh Di Rumah, Terima Bantuan RM300
Skim Halimatul Saadiah merupakan program latihan penjagaan kanak-kanak yang disasarkan kepada pengasuh di rumah. Kursus ini dianjurkan sejak tahun 2015 oleh Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Kerajaan Negeri Kelantan.
Kerajaan Negeri melihat bahawa kursus ini merupakan usaha yang perlu diteruskan dan diperkasakan dalam meningkatkan tahap penjagaan kanak-kanak di Kelantan. Untuk tahun 2022, warganegara Malaysia yang merupakan rakyat Kelantan dan berkelayakan boleh buat permohonan Bantuan Skim Pengasuh Di Rumah yang disediakan.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut skim bantuan ditawarkan dan panduan buat permohonan.
Isi Kandungan
TEMPOH PERMOHONAN
Permohonan Skim Halimatul Saadiah 2022 dibuka sepanjang tempoh berikut:
- 6 hingga 17 Julai 2022
KADAR BANTUAN
Permohonan yang memenuhi terma dan syarat akan terima bantuan wang tunai di bawah Skim Halimatul Saadiah sebanyak:
- RM300 secara one-off
Selain daripada bantuan tunai, pemohon yang layak juga akan terima:
- Kursus disediakan
- Group WhatsApp bersama pengasuh di Negeri Kelantan
SYARAT KELAYAKAN
Tawaran Skim Pengasuh Di Rumah adalah terbuka kepada individu yang berkelayakan seperti berikut:
- Warganegara Malaysia dan bermastautin di Kelantan
- Berumur 25 tahun ke atas
- Sedang mengasuh sekurang-kurangnya 2 orang bayi atau kanak-kanak di rumah (anak atau cucu sendiri tidak diambil kira)
- Mempunyai pengalaman mengasuh sekurang-kurangnya 1 tahun
DOKUMEN DIPERLUKAN
Pastikan anda hantar permohonan beserta dokumen-dokumen berikut:
- Borang permohonan yang lengkap
- 1 keping gambar pemohon (saiz passport @ 3R)
- 1 keping gambar tempat mengasuh beserta kanak-kanak yang dijaga
- 1 keping salinan Kad Pengenalan pemohon
CARA MOHON
Sekiranya anda berminat dengan bantuan ditawarkan dan memenuhi syarat kelayakan di atas, anda boleh buat permohonan dengan sediakan dokumen-dokumen dinyatakan serta borang permohonan disediakan dan hantar ke alamat dinyatakan.
Download borang permohonan di bawah:
Hantar borang permohonan dan dokumen diperlukan melalui serahan tangan, pos, faks atau email ke alamat tersebut:
- Unit Pembangunan Keluarga,
Pejabat Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan
Wanita Kerajaan Negeri Kelantan,
Aras 2, Blok 2, Kompleks Kota Darulnaim,
15503 Kota Bharu, Kelantan. - No. Faks : 09-7481959
- Alamat email : unitpembangunankeluarga@gmail.com
Untuk sebarang pertanyaan mengenai Skim Halimatul Saadiah, sila hubungi Unit Pembangunan Keluarga ditalian 013-9836915 atau 09-7476568.