Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) • Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) •

JPJeQ: Sistem Nombor Giliran Secara Online Untuk Urusan Di JPJ Seluruh Malaysia

Oleh Cikgu Shaari • July 7, 2022 • 2 min baca

JPJeQ: Sistem Nombor Giliran Secara Online Untuk Urusan Di JPJ Seluruh Malaysia
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Memandangkan pihak Jabatan Pengangkutan Jalanraya (JPJ) mendapati bahawa peningkatan orang ramai datang ke jabatan ini sejak PKP dan prihatin dengan keluhan orang ramai yang terpaksa menunggu lama untuk berurusan di kaunter JPJ, pihak JPJ telah mengambil satu langkah drastik dengan menubuhkan sistem JPJeQ.

JPJeQ adalah sistem menunggu giliran secara dalam talian yang boleh digunakan oleh orang ramai yang ingin berurusan di JPJ seluruh Malaysia. Sistem ini baru sahaja dilancarkan pada 12 April lalu sempena sambutan hari JPJ.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut manfaat sistem JPJeQ.

KEMUDAHAN JPJEQ

Aplikasi JPJeQ merupakasan aplikasi mobile yang akan memberi kemudahan:

  • Membuat pilihan Cawangan JPJ yang tidak ramai pelanggan
  • Menggunakan kod QR untuk mendapatkan nombor giliran
  • Mengamalkan norma baharu Covid-19 yang berorientasikan pendigitalan bagi mengelakkan 3C (crowded, Confined, Close) iaitu mengelakkan kawasan sesak dan sempit serta bersembang atau bertutur dalam jarak yang dekat.

CARA GUNAKAN SISTEM JPJEQ

Secara ringkasnya, penggunaka akan menggunakan aplikasi JPJeQ seperti berikut:

  1. Muat turun aplikasi JPJEQ di aplikasi telefon pintar anda
  2. Buka aplikasi JPJEQ bila tiba di cawangan JPJ
  3. Scan QR Code yang disediakan untuk ambil nombor giliran
  4. Masa anggaran akan diberikan untuk ketibaan giliran

Bila dah dapat nombor giliran dan jangkaan masa giliran tiba, anda bolehlah pergi ke tempat lain dulu jika angka giliran masih lambat. Anda boleh tahu angka giliran terkini untuk anggarkan ketibaan giliran anda.

JPJeQ: Sistem Nombor Giliran Secara Online Untuk Urusan Di JPJ Seluruh Malaysia

Jangan risau, anda juga akan terima notifikasi apabila giliran anda hampir tiba! Mudah kan? Dah tak perlu susah-susah tunggu lama untuk berurusan. Anda juga boleh buat urusan lain juga sementara tunggu giliran sampai.

Muat turun JPJeQ sekarang melalui pautan di bawah:

JPJEQ – ANDROID

JPJEQ – IOS

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.