Skim Didik Zakat: Sumbangan Pendidikan PPZ-MAIWP Sehingga RM600 Buat Setiap Anak
“Melentur buluh biarlah daripada rebungnya”. Tabiat menyimpan perlu diberi didikan awal untuk si kecil. Peluang nikmati insentif menarik untuk anda kini dibuka! Tiba masanya untuk para ibu bapa mendidik si kecil berzakat dan menyimpan di Simpan SSPN Prime serta layak nikmati pelbagai keistimewaan seperti ditawarkan.
Setiap anak yang buka akaun SSPN Prime dalam tempoh ditetapkan juga layak untuk terima Sumbangan Pendidikan Pendidikan PPZ-MAIWP sebanyak RM100 sehingga umur 18 tahun! Sumbangan akan terus didepositkan ke Akaun Simpan SSPN Prime.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut dan panduan membuat pembukaan akaun Simpan SSPN Prime.
Isi Kandungan
KEISTIMEWAAN DITAWARKAN
Antara keistimewaan ditawarkan sekiranya anak anda menyimpan di SSPN Prime adalah:
- Pelepasan cukai pendapatan sehingga RM8,000
- Perlindungan takaful percuma
- Geran sepadan
- Simpanan dijamin kerajaan
- Dividen kompetitif
Sekiranya ibu bapa buka akaun anak dalam tempoh 1 September 2022 hingga 31 Ogos 2023, anda berpeluang untuk menerima manfaat berikut:
- Sumbangan Pendidikan PPZ MAIWP RM100 setiap 3 tahun sehingga peserta berumur 18 tahun akan didepositkan terus ke AKAUN Simpan SSPN Prime.
- Pembukaan akaun secara PERCUMA
- Nikmati pelbagai keistimewaan Simpan SSPN Prime
- Skim Kafalah Muzakki (Khairat Kematian sehingga RM3,000)
TERMA DAN SYARAT
Berikut adalah terma dan syarat penerimaan manfaat melalui program ditawarkan:
- Warganegara Malaysia yang mencukupi syarat-syarat wajib berzakat
- Pembayar Zakat Harga (Ibu/ bapa/ penjaga dan anak) di PPZ- MAIWP mulai 1 September 2022 sehingga 31 Ogos 2023
- Membayar Zakat Harta mengikut kadar bayaran sebenar jumlah taksiran atau bayaran serendah RM100 setahun seorang
- Akaun Simpan SSPN Prime yang berkenaan tidak ditutup sehingga peserta skim (penerima manfaat) berumur 18 tahun
- Peserta skim di kalangan anak-anak Pembayar Zakat mestilah merupakan anak kandung/ anak angkat yang sah berumur 15 tahun dan ke bawah pada tahun semasa 2022 & 2023
- Pendaftaran skim mesti melalui ibu/ bapa/ penjaga
CARA PENYERTAAN
Ibu bapa yang ingin buka akaun dan daftarkan anak ke dalam Akaun Simpan SSPN Prime dan terima manfaat ditawarkan boleh buat permohonan penyertaan dengan ikut langkah berikut:
- Lengkapkan borang penyertaan Skim DZAS secara dalam talian di laman dzas.zakat.com.my
- Status pendaftaran akan dihantar melalui emel dan boleh disemak melalui pautan dzas.zakat.com.my atau hubungi talian Zakat 1300 88 5757
- Makluman pembukaan akaun Simpan SSPN Prime (bagi yang belum membuka) akan dimaklumkan oleh pihak PTPTN melalui emel