Permohonan Skim Dermasiswa Koperasi Tentera (DERMS) Buat Anak-Anak Sekolah Menengah
Koperasi Tentera mempelawa anggotanya yang mempunyai anak bersekolah menengah mohon Skim Dermasiswa Koperasi Tentera (DERMS) yang ditawarkan. Skim Dermasiswa (DERMS) adalah sumbangan untuk anak-anak anggota Koperasi Tentera (KT) yang bersekolah di peringkat sekolah menengah iaitu Tingkatan 1, Tingkatan 2 dan Tingkatan 4. Skim ini berdasarkan kepada keputusan peperiksaan akhir.
Permohonan ini dibuka kepada anak-anak anggota Koperasi Tentera (KT) yang layak dan memenuhi syarat-syarat permohonan yang telah ditetapkan. Borang permohonan boleh diperolehi di beberapa lokasi yang dinyatakan. Borang permohonan yang lengkap mestilah dihantar ke Cawangan KT sebelum tarikh tutup.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut sumbangan yang ditawarkan dan panduan buat permohonan.
Isi Kandungan
TEMPOH PERMOHONAN
Tawaran Skim Dermasiswa Koperasi Tentera (DERMS) tahun 2022 dibuka sepanjang tempoh berikut:
- 24 Januari 2022 (Isnin) – 28 Februari 2022 (Isnin)
SYARAT KELAYAKAN
Permohonan adalah dibuka kepada individu yang memenuhi syarat kelayakan berikut:
- Terbuka kepada Anggota Koperasi Tentera (KT) sahaja.
- Telah menjadi anggota KT selama 4 tahun dan ke atas.
- Tidak menamatkan keanggotaan KT dalam tempoh permohonan.
- Bagi permohonan suami dan isteri (anggota KT), hanya SATU permohonan sahaja yang layak diterima.
- Gaji pokok/pencen bawah RM5,000.
- Anak anggota yang belajar di sekolah menengah kerajaan sahaja.
- Memperolehi markah 60% dan ke atas atau Gred B bagi mata pelajaran Bahasa Melayu (BM), Bahasa Inggeris (BI) dan Matematik (MAT)
DOKUMEN DIPERLUKAN
Pemohon (Anggota KT)
- MyTentera (Anggota ATM)
- MyKad (Awam/ Pesara)
- Penyata Gaji Terkini (Awam/ Anggota ATM)
- Penyata Pencen Terkini/ Surat Pengesahan Pendapatan bagi Bekerja Sendiri
Pelajar (Anak)
- MyKad Pelajar
- Slip Peperiksaan Akhir Tahun 2021
- Salinan Akaun Bank
CARA MOHON
Sekiranya anda berminat dengan bantuan ditawarkan dan memenuhi syarat kelayakan yang dinyatakan di atas anda boleh mendapatkan borang permohonan melalui beberapa saluran berikut:
- Kaunter Ibu Pejabat Koperasi Tentera; atau
- Cawangan Koperasi Tentera berhampiran; atau
- Muat turun di laman web KT atau muat turun di bawah
Permohonan yang telah lengkap boleh dihantar melalui Cawangan KT yang berhampiran atau terus ke ibu pejabat KT yang beralamat di:
- KOPERASI TENTERA
Wisma Koperasi Tentera
No. 1, Jalan 2/65C, Off Jalan Pahang Barat
53000 Kuala Lumpur
(Untuk Perhatian: Unit Projek Khas Keanggotaan)
Jumlah sumbangan adalah tertakluk kepada peruntukan kewangan yang ditetapkan oleh KT. Dapatkan borang permohonan di bawah: