DanaNITA MARA: Skim Pembiayaan Perniagaan Sehingga RM50,000 Untuk Wanita
Kira-kira RM 1juta peruntukan digunakan untuk Skim Pembiayaan Perniagaan Khas Wanita (DanaNITA) sehingga kini berbanding dana keseluruhan RM25 juta yang ditawarkan oleh pihak MARA. MARA telah memperlekankan Skim DanaNITA khas untuk usahawan wanita yang ingin mengembangkan perniagaan atau membangunkan semula perniagaan yang terjejas akibat pandemik.
Lebih ramai usahawan wanita digalakkan untuk membuat permohonan kerana dana yang diperuntukkan masih banyak. MARA ingin memperkasakan dan melahirkan lebih ramai usahawan dalam golongan wanita melalui skim DanaNITA.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut pembiayaan DanaNITA dan cara buat permohonan.
Isi Kandungan
MATLAMAT DANANITA
Tujuan MARA menyediakan Skim DanaNITA adalah untuk:
- Memperhebatkan penyertaan wanita dalam aktiviti keusahawanan, memperkasakan usahawan wanita sedia ada dan meningkatkan pendapatan isi rumah
- Pembiayaan khusus kepada usahawan wanita Bumiputera bagi tujuan mengembangkan perniagaan
SYARAT ASAS
Pemohon mestilah memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan berikut:
- Warganegara dan Bumiputera
- Berumur 18-60 tahun
- Berpengalaman / berpengetahuan dalam bidang perniagaan yang diceburi
- Mempunyai Daftar Perniagaan yang sah (SSM)
- Mempunyai premis perniagaan (kecuali perniagaan online)
- Mempunyai Lesen/Permit/Surat Kebenaran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
- Menjalankan perniagaan sepenuh masa
- Perniagaan telah beroperasi tidak kurang dari enam (6) bulan
- Memiliki akaun simpanan yang aktif bagi tempoh enam (6) bulan terkini
- Perniagaan patuh Syariah
- Bebas dari senarai hitam MARA
SKOP PEMBIAYAAN
Pembiayaan disediakan khas untuk:
- Modal Pusingan
- Pembelian Mesin dan Peralatan
MAKLUMAT PEMBIAYAAN
- Had pembiayaan: Sehingga RM50,000
- Tempoh pembiayaan: 1 – 10 tahun @ 12 – 120 bulan
- Kadar keuntungan: 4%
JAMINAN ATAU CAGARAN
Usahawan yang berminat untuk mohon pembiayaan mestilah disertakan bersama jaminan atau cagaran seperti berikut:
- Jaminan – Seorang penjamin atau lebih yang berpendapatan tetap bulanan tidak kurang 3% daripada jumlah yang dipohon.
ATAU - Cagaran – Cagaran tanah dengan Nilai Paksa (Forced Sale Value) sekurang- kurangnya 10% daripada jumlah yang dipohon.
ATAU - Gabungan kedua-duanya sekali
ATAU - Simpanan Tetap – Simpanan Tetap berkonsep Islam (General Investment Account) yang berdasarkan 10% dari nilai pembiayaan
CARA MOHON
Usahawan wanita yang memenuhi syarat kelayakan di atas dan berminat untuk dapatkan pembiayaan MARA boleh buat permohonan secara dalam talian melalui laman yang disediakan. Permohonan boleh dibuat di laman berikut:
Untuk maklumat lanjut berkenaan DanaNITA MARA, anda boleh terus ke laman www.mara.gov.my atau hubungi pegawai bertugas di talian berikut:
- Tel: 03 261 32000
- Emel: informasi@mara.gov.my