Senarai Skim Bantuan Yayasan RISDA 2023 & Panduan Permohonan Bantuan
RISDA adalah sebuah Badan Berkanun Persekutuan di bawah Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah (KKDW) dan ditubuhkan pada 1 Januari 1973 di bawah kuasa yang diluluskan oleh Parlimen.
Dengan terlancarnya RISDA, nyatalah bahawa Kerajaan memandang berat di atas peranan yang dijalankan oleh Sektor Pekebun Kecil sebagai satu sektor pengeluaran hasil yang penting pada ekonomi negara. Tahu tak Yayasan RISDA ada menyediakan pelbagai Skim Bantuan bagi memberi kemudahan kepada warga RISDA?
Ikuti perkongsian di bawah untuk semak senarai Skim Bantuan Yayasan RISDA tahun 2023 dan panduan buat permohonan.
Isi Kandungan
SYARAT KELAYAKAN UTAMA
Tawaran adalah terbuka kepada pemohon yang berkelayakan seperti berikut:
- Anak-anak komuniti RISDA
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM4,849
- Melanjutkan pengajian di University College AgroScience Malaysia (UCAM0
- Maklumat terperinci boleh rujuk manual di dalam laman Web RISDA
SENARAI SKIM BANTUAN YAYASAN RISDA 2023
Berikut adalah senarai Skim Bantuan Yayasan Risda yang ditawarkan sepanjang tahun 2023:
Bantuan Pendidikan
- SIPU: Skim Insentif Pelajar UCAM:
RM500 setiap pelajar - BYR: Biasiswa Yayasan RISDA:
RM6,800 hingga RM13,800/ Pelajar/ tahun mengikut jenis kursus) - Bantuan Laptop Pelajar UCAM:
Sebuah Laptop/ Pelajar - SIPS: Skim Insentif Pendidikan Staf
RM300: Program Eksekutif UCAM
RM500: Diploma, Sarjana Muda, Sijil Profesional
RM750: Sarjana & Doktor Falsafah - BSHPU: Bantuan Sara Hidup Pelajar UCAM:
RM15 sehari @ RM450 sebulan/ pelajar - SMPU: Subsidi Makanan Pelajar UCAM
RM10 sehari untuk 6 hari seminggu @ RM260 sebulan/ pelajar - AKYR: Anugerah Kecemerlangan Yayasan RISDA
RM2,000/ Pelajar (sekali sahaja)
Bantuan Kesihatan
- SBPK: Skim Bantuan Pesakit Kronik
RM1,000/ Penerima (sekali sahaja) tertakluk kepada 36 jenis penyakit - Skim Bantuan OKU Khas
RM1,000/ Penerima (sekali sahaja) tertakluk kepada kepada 7 kategori OKU sahaja
Bantuan Kebajikan Dan Sosial
- Anugerah Umrah Yayasan RISDA
Tajaan Umrah kepada staf RISDA/ KRH & Pesara RISDA - Sumbangan Lembu Korban
Sumbangan daging korban kepada staf terpilih
CARA MOHON
Sekiranya anda berkelayakan dan berminat dengan bantuan ditawarkan, anda boleh buat permohonan melalui Borang Permohonan & semak Manual Skim Bantuan yang boleh didapati di laman web RISDA:
Borang yang telah lengkap diisi beserta dokumen sokongan boleh dikemukakan ke pejabat RISDA yang berdekatan untuk tujuan pengesahan.