Skim Bantuan Orang Kelainan Upaya (SBOKU) RISDA. Mohon & Terima RM1,000
Skim Bantuan Orang Kelainan Upaya (SBOKU) ini adalah untuk memberi kemudahan bantuan kewangan kepada pekebun kecil, wargakerja RISDA / pesara RISDA / Syarikat Milikan RISDA (SMR) atau keluarga terdekat yang mengalami kecacatan atau kehilangan upaya
Tujuan SBOKU ini diberikan adalah bagi meringankan penderitaan hidup dan mengembangkan keupayaannya wargakerja RISDA.
Ikuti perkongsian di bawah untuk semak syarat kelayakan dan info lanjut permohonan bantuan OKU RISDA.
Isi Kandungan
KADAR BANTUAN
Pembiayaan adalah secara ‘one-off’ samada dalam bentuk kewangan atau mata benda dengan kadar maksimum:
- RM1,000.00.
SYARAT KELAYAKAN
Hanya pemohon yang memenuhi syarat kelayakan berikut sahaja akan dipertimbangkan:
- Pemohon mestilah warganegara Malaysia
- Pemohon hendaklah terdiri daripada pekebun kecil / keluarga terdekat yang disahkan oleh Pegawai RISDA Daerah / Jajahan / Bahagian atau Bahagian Tanam Semula Ibu Pejabat atau wargakerja RISDA / Syarikat Milikan RISDA atau keluarga terdekat yang disahkan oleh Ketua Pusat Tanggungjawab masing-masing.
- Pendapatan isirumah sekeluarga hendaklah RM3,000.00 dan ke bawah sebulan.
- Pemohon perlu mendaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebagai Orang Kelainan Upaya ( OKU ). Semakan boleh dibuat di laman web Sistem Pengurusan Maklumat OKU (http://spmoku.jkm.gov.my/smoku/)
- Pemohon perlu mendapat perakuan untuk alat yang bakal digunakan daripada Pegawai Perubatan Hospital Kerajaan Malaysia.
DOKUMEN DIPERLUKAN
Setiap permohonan perlu disertakan bersama dokumen sokongan berikut untuk tindakan urusetia Yayasan RISDA:
- Salinan Kad Pengenalan Pemohon dan Surat Beranak OKU yang disahkan untuk kegunaan Yayasan RISDA sahaja
- Salinan Surat Tanam Semula RISDA sebagai bukti Pekebun Kecil ( TS32 / RISDA7 / TS 18A ) atau kad pekerja sebagai bukti wargakerja RISDA / SMR
- Salinan geran tanah Tanam Semula sebagai bukti Pekebun Kecil
- Salinan Penyata Gaji / pengesahan Pendapatan Pemohon OKU
- Salinan surat pengesahan Doktor sebagai OKU / Kad OKU
- Sebutharga Harga Mesin / Alat Bantuan yang diperlukan
- Gambar pemohon OKU
CARA MOHON
- Permohonan bantuan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang yang telah disediakan oleh Yayasan RISDA iaitu Borang SBOKU 4.2
- Borang permohonan yang telah lengkap bersama dokumen sokongan dihantar kepada Urusetia Yayasan RISDA melalui Pengarah Bahagian, Pengarah RISDA Negeri, Pegawai RISDA Daerah / Jajahan / Bahagian
- Setiap permohonan perlu mendapatkan pengesahan dan sokongan Pengarah Bahagian, Pengarah RISDA Negeri, Pegawai RISDA Daerah / Jajahan / Bahagian atau Ketua Pegawai Eksekutif SMR bagi memastikan borang permohonan lengkap, menepati syarat kelayakan bantuan dan mengesahkan pemohon adalah Pekebun Kecil yang berdaftar dengan RISDA atau wargakerja RISDA / SMR
- Jawatankuasa Penilai Yayasan akan memberi pertimbangan ke atas semua permohonan yang diterima dan keputusannya adalah muktamad dan Jawatankuasa tidak terikat untuk memberi apa-apa alasan jika terdapat bantahan semasa menolak permohonan.
Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, anda boleh terus berurusan di pejabat RISDA negeri masing-masing. Muat turun borang permohonan bantuan di bawah: