Tawaran Program Siswapreneur Asnaf UniSZA Untuk Mahasiswa. Modal Perniagaan RM2,000 Diberi
Sukacita dimaklumkan kepada Semua Pelajar UniSZA. Fakulti Perniagaan Dan Pengurusan bersama – sama dengan syarikat perbankan Maybank Islamic serta dengan kerjasama dari Majlis Perwakilan Pelajar UniSZA sedang mencari 50 orang mahasiswa untuk menyertai program Siswapreneur Asnaf UniSZA bagi membantu para usahawan di kalangan pelajar untuk mengembangkan lagi perniagaan mereka.
Dan mahasiswa yang berminat haruslah disertakan dengan pelan perniagaan anda semasa permohonan dibuat. Yuran penyertaan adalah PERCUMA!
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut permohonan penyertaan Program Siswapreneur Asnaf UniSZA.
Isi Kandungan
TARIKH MOHON
Pelajar yang berminat untuk sertai program ini boleh buat permohonan penyertaan yang dibuka sehingga:
- Tarikh tutup: 31 Ogos 2021
KELEBIHAN PROGRAM
Antara kelebihan menyertai program ini adalah:
- Mendapat RM2,000 sebagai modal perniagaan
- Diberi bimbingan oleh mentor setiap minggu
- Dapat membantu para usahawan di kalangan pelajar dalam mengembangkan perniagaan mereka
CARA MOHON
Kepada mahasiswa yang berminat untuk sertai program Siswapreneur Asnaf UniSZA, dan dikehendaki untuk menyediakan Pelan Perniagaan dan hubungi talian berikut:
- 018 325 2368 (Asfa Irfan – MPP FPP)