JPJeQ: Sistem Nombor Giliran Secara Online Untuk Urusan Di JPJ Seluruh Malaysia
Memandangkan pihak Jabatan Pengangkutan Jalanraya (JPJ) mendapati bahawa peningkatan orang ramai datang ke jabatan ini sejak PKP dan prihatin dengan keluhan orang ramai yang terpaksa menunggu lama untuk berurusan di kaunter JPJ, pihak JPJ telah mengambil satu langkah drastik dengan menubuhkan sistem JPJeQ.
JPJeQ adalah sistem menunggu giliran secara dalam talian yang boleh digunakan oleh orang ramai yang ingin berurusan di JPJ seluruh Malaysia. Sistem ini baru sahaja dilancarkan pada 12 April lalu sempena sambutan hari JPJ.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut manfaat sistem JPJeQ.
Isi Kandungan
KEMUDAHAN JPJEQ
Aplikasi JPJeQ merupakasan aplikasi mobile yang akan memberi kemudahan:
- Membuat pilihan Cawangan JPJ yang tidak ramai pelanggan
- Menggunakan kod QR untuk mendapatkan nombor giliran
- Mengamalkan norma baharu Covid-19 yang berorientasikan pendigitalan bagi mengelakkan 3C (crowded, Confined, Close) iaitu mengelakkan kawasan sesak dan sempit serta bersembang atau bertutur dalam jarak yang dekat.
CARA GUNAKAN SISTEM JPJEQ
Secara ringkasnya, penggunaka akan menggunakan aplikasi JPJeQ seperti berikut:
- Muat turun aplikasi JPJEQ di aplikasi telefon pintar anda
- Buka aplikasi JPJEQ bila tiba di cawangan JPJ
- Scan QR Code yang disediakan untuk ambil nombor giliran
- Masa anggaran akan diberikan untuk ketibaan giliran
Bila dah dapat nombor giliran dan jangkaan masa giliran tiba, anda bolehlah pergi ke tempat lain dulu jika angka giliran masih lambat. Anda boleh tahu angka giliran terkini untuk anggarkan ketibaan giliran anda.
Jangan risau, anda juga akan terima notifikasi apabila giliran anda hampir tiba! Mudah kan? Dah tak perlu susah-susah tunggu lama untuk berurusan. Anda juga boleh buat urusan lain juga sementara tunggu giliran sampai.
Muat turun JPJeQ sekarang melalui pautan di bawah: