Tawaran Kursus Sijil Profesional Analitik Data Terbuka Buat Graduan & Lepasan SPM

Panggilan buat warganegara Malaysia yang merupakan graduan atau lepasan SPM yang berpengalaman dalam bidang ICT atau berkelulusan seperti dinyatakan. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) kini membuka pengambilan calon bagi mengikuti kursus Sijil Profesional Analitik Data.

Pengambilan yang dibuka ini adalah bagi pengambilan September 2022. Bagi yang berminat, anda boleh buat pendaftaran dan ikuti kursus secara atas talian dan bersemuka selama 3 bulan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut kursus ditawarkan dan panduan buat pendaftaran.

MAKLUMAT KURSUS

  • Jenis kursus: Kurus Sijil Profesional Analitik Data
  • Tempoh kursus: 3 bulan
  • Kemasukan: September 2022
  • Kaedah kursus: Atas talian dan bersemuka

KURSUS DITAWARKAN

Antara kursus yang ditawarkan adalah:

  • Pengujian Hipotesis Perniagaan
  • Analitik Data Berstruktur dan Tidak Berstruktur
  • Visualisasi Data
  • Komunikasi, Visualisasi dan Pelaporan Data
  • Projek Akhir

SYARAT KEMASUKAN

Tawaran adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berkelayakan seperti berikut:

  • Kelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang ICT
  • Kelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam lain-lain bidang (Pengalaman bekerja dalam bidang IT sekurang-kurangnya 2 tahun)
  • Kelulusan Diploma – Pengalaman bekerja dalam bidang IT sekurang-kurangnya 3 tahun
  • Kelulusan SPM – Pengalaman bekerja dalam bidang IT sekurang-kurangnya 5 tahun

HASIL PEMBELAJARAN KURSUS

Program ini menghasilkan seorang modal insan era baru yang mempunyai ciri-ciri berikut:

  • OPP1: Peka dengan pengetahuan bidang analitik data untuk diaplikasikan ke alam pekerjaan yang mendasari pembangunan negara mengikut perkembangan teknologi IR4.0
  • OPP2: Mempunyai kemahiran insaniah yang tinggi iaitu bertanggungjawab, kompeten dan berilmu dalam melaksanakan kerja dalam bidang analitik data mengikut keperluan negara dan masyarakat sejagat
  • OPP3: Kreatif dalam penyelesaian masalah, komunikasi serta berfikiran terbuka dalam keusahawanan berdasarkan pendekatan saintifik analitik data

Di akhir kursus/ latihan peserta berkeupayaan untuk:

  • HPP1: Membina dan menyelenggara laporan dan dashboard analisis
  • HPP2: Menyediakan hopotesis perniagaan
  • HPP3: Membina model visualisasi analisis data dan komunikasi
  • HPP4: Menganalisis data yang boleh percaya
  • HPP5: Mereka bentuk keselamatan dan pematuhan analisis data

CARA DAFTAR KURSUS

Sekiranya anda berminat dengan kursus ditawarkan dan memenuhi syarat kelayakan dinyatakan di atas, anda boleh buat pendaftaran dengan mengisi borang pendaftaran secara atas talian di pautan berikut:

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi talian berikut:

  • Puan Anis Shatar
    Phone: 03 8921 3495
    Email: studymc@ukm.edu.my
  • Dr. Ely Salwana Mat Surin
    Phone : 03 8927 2414
    Email: elysalwana@ukm.edu.my

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma