SiberKASA PEMULIH: Daftar Latihan Sambil Kerja & Terima Elaun RM1,200 Sebulan Terbuka Buat Graduan & Penganggur
Panggilan buat graduan dan penganggur yang terkesan akibat pandemik di luar sana! Jom sertai PEMULIH SiberKASA: Program Latihan Kemahiran Keselamatan Siber yang dikendalikan oleh CyberSecurity Malaysia. Peserta akan jalani On-The-Job Training (OJT) termasuk Program Pembangunan Kapasiti selama 3 bulan.
Program ini adalah disasarkan kepada golongan terkesan akibat pandemik Covid-19 bagi menghasilkan tenaga kerja yang berkemahiran. Jangan lepaskan peluang ini, inilah masanya untuk anda tingkatkan kemahiran kerja sekaligus dapat meningkatkan kebolehpasaran kerja.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut program ditawarkan dan cara buat pendaftaran bagi yang berminat.
Isi Kandungan
PROGRAM SIBERKASA PEMULIH
Program SiberKASA Latihan Kemahiran Keselamatan Siber adalah program Pelan Pemulihan Negara (PEMULIH) di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Agensi pelaksana program ini ialah CyberSecurity Malaysia.
Program ini adalah program Pensijilan Profesional Keselamatan Siber Global ACE Certification (www.globalace.org) yang akan dilaksanakan oleh CyberSecurity Malaysia.
Diperkenalkan oleh CyberSecurity Malaysia untuk membangun, memperkasa, melestari dan mengukuhkah prasarana serta ekosistem siber di Malaysia.
Sebagai salah satu usaha CyberSecurity Malaysia dalam memastikan kelangsungan perkembangan bidang keselamatan siber serta penawaran produk dan perkhidmatan CyberSecurity Malaysia kepada pengguna internet di pelbagai sektor, industri dan juga individu.
KUMPULAN SASAR
- Mempunyai latar belakang Teknologi Maklumat
- Terkesan daripada pandemik Covid-19
- Hilang pekerjaan dan tiada punca pendapatan
- Siswazah menganggur
FAEDAH PROGRAM
Antara faedah menyertai program yang diterima adalah:
- Latihan Profesional Keselamatan SIber & Persijilan
- On-The-Job Training
- Peluang Pekerjaan
- Elaun OJT RM1,200 sebulan
TEMPOH PROGAM
Program akan dilaksanakan selama 3 bulan, iaitu pada bulan Julai hingga Disember 2021 secara berperingkat.
- Peringkat 1: Pemilihan & Penawaran golongan Sasar
(Julai 2021 – September 2021) - Peringkat 2: Pelaksanaan Latihan Profesional
(September 2021 – Oktober 2021) - Peringkat 3: Penempatan Pekerjaan
(Oktober 2021 – Disember 2021)
PROGRAM LATIHAN
Program latihan yang akan diberikan kepada peserta adalah meliputi:
- Cyber Security Essential
- Certified Information Security Awareness Manager
- Certified Penetration Tester
- Certified Data Security Profesional
- Profesional Business Continuity Implementer
- Security Analyst
- SecureMi Certified Administrator
- Secured Development Analyst
CARA MOHON
Individu yang berminat untuk dapatkan latihan sambil bekerja dan meningkatkan kemahiran boleh buat pendaftaran sekarang melalui pautan berikut:
Klik APPLY NOW. Permohonan mestilah dihantar selewat-lewatnya pada 31 Julai 2021. Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi pegawai bertugas di emel training@cybersecurity.my atau talian 03 8800 7999.