Semakan & Permohonan

Permohonan Bantuan Persediaan Pengajian Tinggi Sehingga RM1,000 Buat Anak Kakitangan UKM

July 29, 2021Oleh Cikgu Shaari2 min baca

Dimaklumkan Zakat Universiti mempelawa kepada semua warga kakitangan UKM yang berkelayakan untuk memohon Bantuan Zakat Persediaan Pengajian Tinggi 2021 bagi Anak-Anak Kakitangan UKM yang akan melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi di peringkat Ijazah Sarjana Muda/ Diploma/ Asasi/ Matrikulasi/ Sijil.

Bantuan akan diberikan sehingga RM1,000 mengikut peringkat pengajian dan akan dibayar sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut mengenai bantuan serta syarat kelayakan dan cara membuat permohonan.

KADAR BANTUAN

Bantuan adalah diberi secara one-off mengikut peringkat pengajian seperti berikut:

  • Ijazah Sarjana Muda – RM 1,000.00
  • Diploma/ Asasi/ Matrikulasi – RM 700.00
  • Sijil – RM 500.00

SYARAT PERMOHONAN

Syarat permohonan yang perlu dipenuhi adalah seperti berikut:

  • Warga Kakitangan UKM
  • Beragama Islam
  • Tergolong dalam kalangan Asnaf Fakir, Miskin dan Fisabilillah
  • Anak yang akan melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda/ Diploma/ Asasi/ Matrikulasi/ Sijil

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Berikut adalah dokumen yang perlu di muatnaik untuk buat permohonan bantuan:

  • Pendapatan Pemohon dan Pasangan Sebulan (Penyata Gaji/ Penyata Pencen/
  • Surat Pengesahan Pendapatan Bekerja Sendiri / Tidak Bekerja – Suri Rumah)
  • Kad Pengenalan/ Sijil Lahir Tanggungan
  • Sijil Kematian (Jika berkenaan)
  • Sijil Cerai (Jika Berkenaan)
  • Surat Pengambilan Anak Angkat (Jika Berkenaan)
  • Surat Tawaran Kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi

CARA MEMOHON

Permohonan bagi individu yang memenuhi syarat kelayakan boleh dilakukan secara atas talian mulai 2 Ogos hingga 15 Oktober 2021. Klik pautan berikut untuk buat permohonan bantuan zakat:

Permohonan Bantuan Persediaan Pengajian Tinggi Bagi Anak Kakitangan UKM

Pemohon diminta untuk membuat pengesahan diri. Masukkan Nombor Matrik / UKMPer / Pengenalan dan kata laluan di borang yang disediakan.

Untuk pertanyaan lanjut mengenai bantuan zakat universiti, anda boleh hubungi UKM Bangi di talian 03 8921 4225 atau PPUKM, UKM KKL di talian 03 9145 6526.

Topik artikel ini
Semakan & Permohonan
Ditulis oleh
Profil Penulis

Cikgu Shaari

Penulis Pendidikan & Kerjaya

Dikenali dengan gaya penulisan yang mudah difahami dan memberi inspirasi, Cikgu Shaari berkongsi pelbagai panduan pendidikan dan kerjaya di edubestari.com. Beliau percaya bahawa pendidikan adalah kunci utama kejayaan dan perubahan masa depan.

Lihat semua artikel
Edubestari Update Join Channel WhatsApp Info terus ke telefon anda