Senarai 14 Biasiswa Terbaik Yang Boleh Dimohon Lepasan SPM Untuk Sambung Belajar
Berita baik untuk lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang sedang mencari biasiswa atau pembiayaan untuk sambung pengajian ke peringkat lebih tinggi! Kami akan bantu anda senaraikan biasiswa TERKINI tahun 2022 yang boleh anda mohon bagi melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.
Tahniah diucapkan kepada pelajar yang telah mendapat keputusan SPM. Untuk makluman anda, pelbagai syarikat dan agensi kini telah membuka permohonan untuk biasiswa kepada lepasan SPM yang berhasrat untuk sambung pengajian.
Anda boleh semak senarai biasiswa terkini untuk lepasan SPM dan cara mohon di perkongsian bawah.
Isi Kandungan
SENARAI BIASISWA UNTUK LEPASAN SPM
Berikut adalah senarai biasiswa beserta pautan untuk permohonan khas buat lepasan SPM yang dibuka untuk permohonan:
1) Biasiswa JPA MARA (PKJM)
Program Khas JPA MARA (PKJM) merupakan penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kepada pelajar Bumiputera cemerlang lepasan SPM untuk mengikuti pengajian peringkat persediaan dan Ijazah Pertama di dalam dan luar negara iaitu di negara Jepun, New Zealand, United Kingdom dan Amerika Syarikat.
Lepasan SPM yang berminat untuk ikuti pengajian dalam bidang berikut dipelawa untuk mohon:
- Kejuruteraan
- Sains & Teknologi
- Sains Sosial
Tarikh permohonan: 16 Jun 2022 hingga 26 Jun 2022
2) Biasiswa JPA JKPJ
Jabatan Perkhidmatan Awam kini membuka tawaran penajaan dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah kepada semua pelajar lepasan SPM yang berminat dalam bidang kejuruteraan, sains dan teknologi (S&T) dan sains sosial di negara Jepun, Korea, Perancis dan Jerman.
Pelajar akan ditaja untuk mengikuti program persediaan sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat Diploma atau Ijazah Pertama di negara negara berkenaan.
Tarikh permohonan: 16 Jun 2022 hingga 26 Jun 2022
3) Biasiswa JPA Program Penajaan Nasional (PPN)
Program Penajaan Nasional (PPN) merupakan penajaan kepada pelajar paling cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melanjutkan pelajaran ke universiti terkemuka dunia. Calon-calon yang terpilih akan ditawarkan penajaan bagi mengikuti pengajian peringkat persediaan sehingga ke peringkat ijazah pertama tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan.
Tarikh permohonan: AKAN DIKEMASKINI
4) Biasiswa Shell Malaysia
Antara manfaat mendapatkan biasiswa tajaan Shell Malaysia adalah peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana di universiti peringkat global dan setelah tamat belajar, berpeluang memulakan kerjaya dengan syarikat Shell Malaysia.
Shell menaja pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang berikut:
- Engineering: Mechanical, Civil, Chemical, Petroleum, Electrical & Electronics, Environmental, Sustainable
- Sciences: Geology, Geosciences, Geomatics, Geophysics, Data Science
- Commercial: Business & Management, Digital Marketing
Tarikh Permohonan: 16 Jun hingga 30 Jun 2022
5) Biasiswa Petronas
Mulai 16 Jun 2022, biasiswa PETRONAS telah dibuka kepada lepasan SPM untuk pengajian pra universiti, calon pelajar Ijazah di UTP dan universiti luar negara. Calon pelajar yang berminat dan layak kini dipelawa untuk memohon tajaan biasiswa PETRONAS.
Tarikh permohonan: 16 Jun hingga 22 Jun 2022
6) Biasiswa Kijang Bank Negara Malaysia
Bank Negara Malaysia komited untuk memupuk bakat muda terunggul dalam kalangan rakyat Malaysia melalui program biasiswa yang kami tawarkan. Biasiswa Kijang dianugerahkan kepada individu yang layak untuk mengikuti program prauniversiti di kolej prauniversiti yang telah diluluskan oleh Bank Negara Malaysia.
Biasiswa ini akan membiayai:
- Yuran pembelajaran
- Elaun sara hidup
- Elaun-elaun lain yang berkaitan
Tarikh permohonan: 16 Jun hingga 26 Jun 2022
7) Biasiswa PNB
Permodalan Nasional Berhad (PNB) kini membuka tawaran Anugerah Biasiswa PNB khas untuk memberi peluang kepada pelajar cemerlang dalam peperiksaan SPM untuk melanjutkan pengajian di universiti awam, universiti swasta terpilih serta universiti terkemuka di luar negara.
Permohonan bagi Biasiswa PNB adalah dibuka kepada calon-calon lepasan SPM. Para pemohon yang berjaya akan mengikuti pengajian di kolej persediaan tempatan yang ditetapkan oleh PNB sebelum meneruskan pengajian Ijazah Sarjana Muda di universiti luar negara, tertakluk kepada kelulusan PNB.
Tarikh permohonan: 15 Jun hingga 24 Jun 2022
8) Biasiswa Tajaan MARA YTP
MARA menawarkan pinjaman pelajaran bagi pelajar cemerlang lepasan SPM 2020 untuk mengikuti Young Talent Development Programme (YTP) bermula dari peringkat persediaan hingga ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di institusi terpilih dalam dan luar negara.
Tarikh permohonan/ kemaskini: 17 Jun hingga 27 Jun 2022
9) Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional
Yayasan Tenaga Nasional (YTN) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan mendapat tawaran pengajian ke peringkat yang lebih tinggi untuk memohon biasiswa atau pinjaman YTN seperti yang diiklankan.
Keutamaan adalah diberi kepada pelajar peringkat Ijazah Pertama dan Diploma di semua Institut Pengajian Tinggi Awam(IPTA) dalam negara. Permohonan adalah dipelawa kepada pelajar dalam bidang kejuruteraan dan bukan kejuruteraan.
Tarikh permohonan: 10 Jun hingga 23 Jun 2022
10) Biasiswa Yayasan Telekom Malaysia (TM)
Yayasan Telekom Malaysia (TM) menyediakan biasiswa penuh untuk lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang telah berjaya tamat persekolahan dan bakal melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Lepasan SPM yang berminat boleh mohon segera!
Permohonan Biasiswa Yayasan TM di bawah program YTM Future Leaders Scholarship bagi lepasan SPM yang memenuhi syarat kelayakan boleh dibuat secara online melalui laman web rasmi TM sebelum tarikh tutup.
Tarikh permohonan: Sehingga 30 Jun 2022
11) Biasiswa Khazanah Watan
Biasiswa Khazanah Watan adalah anugerah berprestij yang menawarkan peluang kepada rakyat Malaysia yang berbakat dan berprestasi tinggi untuk melanjutkan pelajaran di peringkat Persediaan, Sarjana dan Pascasiswazah di universiti tempatan terpilih.
Lepasan SPM yang telah mendapat keputusan dan berhasrat untuk sambung pengajian peringkat Asasi boleh buat permohonan biasiswa pada tarikh yang ditetapkan.
Tarikh permohonan: Sehingga 30 Jun 2022
12) Biasiswa The Star
Biasiswa Start Education Fund ditawarkan di bawah kerjasama antara Star Media Group dengan beberapa institusi pendidikan terbaik di Malaysia untuk memberi peluang pendidikan tinggi kepada ana muda Malaysia yang layak.
Tarikh permohonan: Dalam masa 2 minggu dari tarikh keputusan SPM diumumkan
MOHON BIASISWA THE START EDUCATION
13) Biasiswa Pendidikan Yayasan Pahang
Yayasan Pahang (YP) mempelawa calon-calon lepasan SPM yang berkelayakan untuk memohon pinjaman pendidikan bagi melanjutkan pengajian di Institusi-intitusi Pengajian Tinggi (IPT) tempatan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan yang diluluskan oleh Yayasan Pahang.
Yayasan Pahang telah menawarkan 2 jenis biasiswa kepada pelajar yang berhasrat untuk menyambung pengajian dan bagi pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang dalam SPM 2020.
Tarikh permohonan: 16 Jun 2022 hingga 8 Julai 2022
14) Biasiswa MAIWP PICOMS
Kolej Universiti Antarabangsa PICOMS dengan tajaan bantuan pendidikan dari Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menawarkan biasiswa kepada pelajar dari golongan B40, asnaf, mualaf dan fakir miskin seluruh Malaysia yang telah menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).
Calon hanya perlu memenuhi kelayakan minimum kursus pengajian diploma atau ijazah yang telah ditetapkan oleh pihak universiti.
Tarikh tutup permohonan: RUJUK IKLAN