SPA Kongsi Senarai Semak Dokumen Semasa Menghadiri Temuduga SPA Bagi Gred 11 & 19
Anda calon temuduga bagi jawatan di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam atau calon yang sedang mohon jawatan dan tunggu panggilan temuduga? Pastikan anda ambil tahu yang senarai semak dokumen yang perlu dibawa untuk temuduga nanti! Pihak SPA melalui laman Facebook telah kongsikan senarai semak ini untuk rujukan calon temuduga.
Pastikan anda simpan senarai semak dokumen yang disediakan ini untuk rujukan akan datang bagi mengelakkan kegagalan urusan lantikan hanya disebabkan anda tidak cukup dokumen.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut dan senarai dokumen yang diperlukan bagi menghadiri temuduga SPA Gred 11 dan 19.
Isi Kandungan
DOKUMEN YANG WAJIB DIBAWA
Calon temuduga melibatkan jawatan Gred 11 dan 19 DIWAJIBKAN membawa:
- Resume bergambar yang ringkas dan padar
- Dokumen Asal dan salinan fotostat yang disusun mengikut turutan
LAMPIRAN DOKUMEN
Lampiran A
- Resume Bergambar
- Kad pengenalan
- Sijil kelahiran
- Sijil kewarganegaraan Malaysia atau bukti lain yang mengesahkan kerakyatan Malaysia seperti sijil kewarganegaraan ibu/bapa (jika berkenaan)
- Sijil SRP/PMR/PT3/SPM/SPM(V)/SVM/ SKM (Bukan slip peperiksaan)
- Sijil akademik lain seperti STPM/ STAM/ Sijil Matrikulasi KPM/ Sijil Politeknik/ sijil daripada institusi pendidikan berkaitan/ diploma institusi pendidikan berkaitan / diploma/ ijazah sarjana muda/ sarjana/ doktor falsafah (jika berkenaan)
- Sijil berhenti sekolah menengah
- Lesen memandu (jika ada)
- Sijil kegiatan luar; dan
- Sijil Pendaftaran OKU/ surat pengesahan menerima bantuan JKM (jika berkenaan)
Lampiran B
- Ringkasan Kenyataan Perkhidmatan dan Surat Pengesahan Ketua Jabatan (di pautan Pegawai Sedang Berkhidmat/ Peningkatan Secara Lantikan (PSL)
- Laporan Penilaian Prestasi Tahunan yang terkini; dan
- Slip keputusan peperiksaan PSL (jika berkenaan)
Lampiran C
- Salinan Pengakuan Perkhidmatan Anggota (BAT D 92B)
- Kad Veteran ATM/ Kad Bekas Tentera/ surat pengesahan status berpencen
- Kenyataan Perkhidmatan (BAT.D.132/ KEW 14) dari Jabatan Arah Rekod dan Pencen Angkatan Tentera Malaysia selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 tahun 2011 dan
- Salinan Pengakuan Perkhidmatan Anggota Polis
SENARAI SEMAK DOKUMEN DIPERLUKAN
- Lantikan Baharu:
Lampiran A sahaja - Calon Lantikan tetap yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan awam/ pihak berkuasa/ tempatan/ badan berkanun:
– Lampiran A & Lampiran B - Calon Lantikan Bekas Tentera/ Polis:
– Lampiran A & Lampiran C
Baca juga: Panduan Susunan Dokumen / Sijil Untuk Temuduga Kerajaan
LENGKAPKAN RESUME DI MYRESUME
Calon yang telah mendapat panggilan temuduga diingatkan untuk MELENGKAPKAN RESUME secara online melalui laman MyResume di pautan berikut:
MyResume boleh diakses dengan menggunakan ID dan kata laluan yang digunakan untuk mohon jawatan melalui SPA9. Kegagalan calon untuk mematuhi syarat wajib penyediaan dokumen serta mengemukakan maklumat palsu boleh MENJEJASKAN pertimbangan Suruhanjaya untuk urusan lantikan.
Rujuk surat panggilan temuduga untuk maklumat lanjut.