Senarai Semak Temuduga Untuk Program Pengajian UPU Lepasan SPM

Pemohon lepasan SPM yang telah membuat permohonan kemasukan ke program pengajian bertemuduga kini boleh buat semakan temuduga universiti. Tahniah kepada anda yang telah tersenarai dan layak untuk menghadiri sesi temuduga bagi menyambung pengajian ke peringkat universiti pilihan.

Dah bersedia ke belum nak hadir temuduga yang ditetapkan? Pasti semua calon masih belum pernah ada pengalaman hadir temuduga sambung belajar kan?

Jangan risau, untuk elakkan anda tidak ketinggalan dan dapat buat persediaan yang mencukupi, anda boleh lihat senarai semak temuduga di perkongsian bawah.

SENARAI SEMAK TEMUDUGA PROGRAM PENGAJIAN

Berikut adalah senarai semak, iaitu perkara yang perlu diambil perhatian untuk persediaan temuduga program pengajian UPU:

1) Semak & Kaji

Pastikan anda semak dan kaji mengenai visi, misi, latar belakang universiti dan program yang ditawarkan.

2) Dokumen

Pastikan dokumen penting seperti berikut disemak dengan rapi:

  • Resume
  • Salinan kad pengenalan disahkan dan dipalang bagi kegunaan IPT sahaja
  • Salinan sijil akademik dan disahkan

3) Persediaan

Buat persediaan dan latihan untuk soalan-soalan yang akan diajukan. Contohnya:

  • Mengapakah anda memilih jurusan tersebut?
  • Apakah yang akan tahu dan faham mengenai universiti penyelidikan
  • Mengapakah universiti harus menerima anda sebagai seorang pelajar

4) Pengetahuan Am

Ambil tahu mengenai pengetahuan am dan isi semasa yang berhubung kait dengan jurusan pilihan anda.

5) Etika Pemakaian

Pakai pakaian formal yang kemas dan sopan semasa menghadiri temuduga.

  • Lelaki: Jaket, seluar, kemeja dan tali leher
  • Perempuan: Jaket, seluar, kemeja atau blouse dan tudung

6) Datang Awam

Pastikan anda datang awam sekurang-kurangnya 30 minit awal ke pusat temuduga. Sekiranya temuduga dilakukan secara atas talian, pastikan segala kelengkapan seperti mikrofon, kamera, aplikasi atas talian dan capaian internet yang stabil.

7) Komunikasi

Beri jawapan dan reaksi apabila diperlukan. Jawab soalan dengan yakin dan tenang dan jangan berikan jawapan negatif atau mempertahankan sesuatu yang anda tidak tahu.

8) Maklum Balas

Beri maklum balas dan tanya soalan yang berkaitan dengan jurusan tersebut. Contohnya:

  • Apakah tiga perkara perkara penting yang perlu ada pada diri seorang pelajar bagi universiti ini?

Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu calon yang akan menghadapi temuduga untuk melanjutkan pengajian di universiti pilihan.

Sumber

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma