Senarai Penuh Bantuan COVID-19 Setiap Negeri (List)

Wabak Covid-19 yang melanda seluruh dunia termasuk Malaysia telah memberi impak yang besar bukan sahaja kepada kesihatan rakyat, malah kehidupan sosial ekonomi rakyat.

Penularan wabak yang mendadak ini telah menyebabkan kerajaan mengambil langkah untuk melanjutkan lagi Perintah Kawalan Pergerakan sehingga 14 April 2020.

Sudah pasti ramai yang terkesan dengan perintah dan arahan oleh Kerajaan ini. Namun begitu, perintah ini adalah dijalankan untuk kebaikan kita semua.

Berikutan dengan kesusahan yang dialami oleh rakyat akibat daripada kawalan pergerakan ini, pelbagai bantuan telah diumumkan oleh kerajaan Malaysia dan juga kerajaan negeri.

Berikut adalah senarai bantuan khas yang disediakan oleh kerajaan mengikut negeri.

Senarai Penuh Bantuan COVID-19 Setiap Negeri (List)

SENARAI BANTUAN KHAS SETIAP NEGERI

1 Negeri Johor

Berikut adalan jenis bantuan yang diumumkan oleh negeri Johor bagi menangani Covid-19:

  • Bayaran bantuan secara sekali bayaran ‘one-off’ berjumlah RM1,000 kepada pesakit yang positif COVID-19 dalam negeri Johor.
  • Bagi waris pesakit COVID-19 yang telah meninggal dunia akibat COVID-19, bantuan sebanyak RM2,000 akan diberikan.
  • Peruntukkan secara sekali bayaran ‘one–off’ kepada 56 wakil rakyat (ADUN) berjumlah RM20,000 bagi tujuan menangani COVID-19 di kawasan masing-masing
  • Kerajaan negeri Johor melalui Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) akan memberikan bantuan segera kepada asnaf yang terkesan dengan wabak COVID-19.
  • Kerajaan negeri turut akan memberikan pengecualian bayaran sewa kepada peniaga yang menyewa premis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seperti kedai dan pasar awam seramai 10,371 penyewa.
  • Peniaga / Perusahaan Kecil yang meniaga di premis milik kerajaan dibawah kendalian PUJB sebanyak 151 unit akan diberikan kelonggaran pembayaran sewa dan inisiatif yang sepatutnya.
  • Bagi Pekerja Sambilan Harian (PSH) atau Kontrak Kerajaan akan dibayar gaji seperti biasa

2 Negeri Melaka

Berikut adalah bantuan oleh kerajaan negeri Melaka bagi menangani kesusahan rakyat akibat daripada Covid-19:

  • Bantuan makanan percuma dan free bernilai RM100 kepada semua muallaf, orang miskin di Melaka
  • Bantuan makanan khusus untuk golongan B40 di Melaka yang bernilai RM50 untuk golongan asnaf manakala RM100 untuk golongan bukan asnaf. Syaratnya, anda mesti mengalami masalah terputus stok makanan sepanjang wabak COVID 19 ini
  • Pembayaran bantuan bulanan bank BBB, bantuan makanan bulanan dan juga bantuan tunai bulanan BTB diawal kepada penerima di Melaka.
  • Penjaja dan peniaga kecil tak perlu bayar Sewa tapak di Melaka untuk bulan Mac dan April 2020 ini

3 Negeri Selangor

Berikut adalah bantuan oleh kerajaan negeri Selangor bagi menangani kesusahan rakyat akibat daripada Covid-19:

  • Kerajaan Negeri Selangor meluluskan satu insentif one-off berjumlah RM200 kepada 6,000 petugas yang dikenal pasti terlibat di hospital-hospital seluruh Selangor
  • Pengecualian sewa akan diberikan kepada 80,000 penjaja dan peniaga berlesen dalam premis akibat kehilangan punca pendapatan utama
  • Pemberian khas secara sekali bayaran berjumlah RM500 turut disediakan bagi melancarkan aliran tunai masing-masing
  • Untuk meringankan beban usahawan Skim Hijrah Selangor, penangguhan serta-merta bayaran balik pinjaman sebanyak (3) tiga bulan ansuran kepada kesemua 40,000 peminjam Hijrah
  • Pelajar-pelajar Selangor yang menuntut dan terpaksa kekal di Institusi-institusi Pendidikan Tinggi di Sabah dan Sarawak akan menerima bantuan sara diri one-off sebanyak RM200 bagi 2500 pelajar yang terkesan dengan larangan pulang tersebut
  • Bagi pelajar Selangor di tempat lain khususnya di UNISEL, KUIS dan Kolej INPENS, Program Makanan Percuma akan dijalankan mulai 22 Mac hingga 31 Mac 2020 untuk mahasiswa dan mahasiswi yang terpaksa kekal di kampus
  • Pentadbiran Selangor telah meluluskan penangguhan bayaran sewa sebanyak (3) tiga bulan ansuran bagi 2,700 penyewa Skim Smart Sewa di Selangor
  • Kerajaan selangor akan memberikan kelonggaran skop peruntukan kepada setiap ADN dengan anggaran RM30,000 kepada semua 56 ADN di seluruh Selangor bagi sebarang aktiviti Mesra Rakyat khusus untuk keperluan harian individu / keluarga yang terkesan
  • Kelonggaran juga diberikan kepada semua pembayar cukai untuk bagi melewatkan pembayaran cukai tanah / petak selama 1 bulan dari 31 Mei 2020 kepada 30 Jun 2020

4 Negeri Perak

Berikut adalah bantuan oleh kerajaan negeri Perak bagi menangani kesusahan rakyat akibat daripada Covid-19:

  • Kerajaan Negeri Perak telah mengumumkan akan memberi bantuan khas sebanyak RM500 seorang secara sekali bayar (one off) kepada lebih kurang 4,000 penjaja dan peniaga kecil berikutan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Bantuan makanan atau bantuan launch secara percuma untuk semua doktor, jururawat atau nurse, kakitangan Jabatan Kesihatan negeri Perak

5 Negeri Kedah

Berikut adalah bantuan oleh kerajaan negeri Kedah bagi menangani kesusahan rakyat akibat daripada Covid-19:

  • Penangguhan bayaran cukai tanah Kedah selewat-lewatnya 30 September 2020
  • Anda boleh pergi ke 576 masjid bagi mendapatkan bantuan Food Bank negeri Kedah
  • Gaji guru KAFA diawalkan

6 Negeri Pahang

Berikut adalah bantuan oleh kerajaan negeri Pahang bagi menangani kesusahan rakyat akibat daripada Covid-19:

  • 2,895 penerima Bayaran bantuan Am Bulanan negeri Pahang akan dapat duit pembayaran lebih awal
  • Bantuan diskaun 50 peratus Bayaran sewa kedai, permit pasar tani, pasar pagi, pasar malam, premis di bawah Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang PKNP dan PBT Pahang
  • Bantuan untuk sekitar 17 ribu rakyat Pahang yang layak dengan bantuan khas sebanyak RM150 tunai berserta barangan keperluan
  • Pegawai Daerah dan juga kakitangan PBT akan turun padang dan datang terus ke rumah anda yang terjas dengan pendapatan
  • Diskaun 50 peratus untuk bayaran sewa Rumah kos rendah, (PAKR) Dan Rancangan rumah murah (RRM) untuk bulan April

7 Negeri Kelantan

Berikut adalah bantuan oleh kerajaan negeri Kelantan bagi menangani kesusahan rakyat akibat daripada Covid-19:

  • Anda layak dapat bantuan tunai RM300 secara oneoff jika ahli keluarga anda disahkan positif koronovirus di Kelantan
  • Manakala bayaran bantuan one off RM500 tunai akan diberikan jika ahali keluarga anda mati meninggal dunia dek kerana wabak coronovirus Kelantan

8 Negeri Pulau Pinang

Berikut adalah bantuan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang bagi menangani kesusahan rakyat akibat daripada Covid-19:

  • Kerajaan Pulau Pinang telah mengumumkan dana bantuan berjumlah RM20 juta secara keseluruhan bagi peniaga kecil yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan
  • Bantuan Zakat Pulau Pinang sebanyak RM500 tunai diumumkan untuk diberikan kepada kalangan asnaf dan miskin di Penang

download borang zakat

9 Negeri Sembilan

Berikut adalah bantuan oleh kerajaan Negeri Sembilan bagi menangani kesusahan rakyat akibat daripada Covid-19:

  • Bayaran bantuan am JKM diawalkan
  • Anda boleh bayar cukai tanah Negeri Sembilan selewat-lewatnya 31 Julai 2020 berbanding tarikh sepatutnya sebelum 31 Mei setiap tahun
  • Rakyat negeri sembilan yang terjejas gaji dan pendapatan boleh mohon bantuan dengan kerajaan negeri

10 Negeri Sarawak

Berikut adalah bantuan oleh kerajaan negeri Sarawak bagi menangani kesusahan rakyat akibat daripada Covid-19:

  • Kerajaan Negeri Sarawak akan memberi bantuan tunai bulanan sebanyak RM250 selama enam bulan kepada 430,000 rakyat Sarawak dari kategori berpendapatan rendah kumpulan B40
  • 568 ribu dapat bantuan Diskaun bil elektrik di Sarawak sebanyak 25 peratus bermula April sehingga September 2020
  • 430 ribu pengguna dapat bantuan Diskaun bil air di Sarawak sebanyak 25 peratus setiap bulan bermulak a April sehingga September 2020
  • Semua 6,232 doktor, jururawat atau nurse, kakitangan hopsital dan klinik di Sarawak dapat duit RM300 tunai
  • Bantuan RM200 tunai diberikan kepada kakitangan Imigresen, anggota tentera askar, anggota RELA dan juga anggota Polis Diraja Malaysia PDRM
  • Bantuan diskaun bayaran sewa gerai, pasar sehingga 6 bulan lamanya dengan majlis bandaraya Sarawak
  • Bantuan penangguhan bayaran sewa rumah HDC Housing Development Corporation di Sarawak selaa 6 bulan sehingga bulan September 2020
  • Bantuan 2 juta topeng muka atau face mask percuma yang akan diberikan kepada semua rakyat Sarawak
  • Bantuan pengecualian bayaran cukai tanah di Sarawak sepanjang tahun 2020
  • Bantuan diskaun 25 peratus bayaran cukai pintu di Sarawak untuk tahun 2020
  • Bantuan pengecualian bayaran yuran permit dan lesen untuk 2 juta peniaga, penjaja, peniaga pasar malam dan bazar Ramadhan.
  • Bantuan diskaun 50 peratus untuk sewa gerai dan pasar di Sarawak selama tempoh 6 bulan sehingga bulan September 2020 ini.

11 Negeri Perlis

Berikut adalah bantuan oleh kerajaan negeri Perlis bagi menangani kesusahan rakyat akibat daripada Covid-19:

  • Kepada anda yang perlu bekalan makanan setiap hari and boleh terus pergi ke Pusat Khidmat menteri Besar di DUN anda masing masing di negeri Perlis, minta terus di sana.
  • Bantuan diskaun 50 peratus sewa gerai atau meja jualan dengan Majlis Perbandaran Kangar MPK, Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis dan Bahagian Pentadbiran Daerah dan Bahagian Perumahan Perlis
  • Bantuan diskaun 50 peratus sewa rumah PPR Perlis bagi bulan Mac dan April 2020
  • Anda tidak perlu bayar bayaran sewa beli Rancangan Perumahan Awam RPA Perlis bagi bulan Mac dan April 2020. Dibenarkan tangguh
  • Bantuan diskaun cukai tanah pertanian (8 peratus), bangunan (5 peratus) dan industri (3 peratus) di Perlis sehingga 31 Mei 2020 ini
  • Tidak perlu bayar sewa tapak pasar malam dan pasar sehari di Perlis bagi bulan April dan Mei 2020
  • Penangguhan bayaran pinjaman pelajaran kerajaan negeri Perlis untuk bulan Mac dan April
  • Yang positif COVID 19 akan dapat secara automatik RM1 ribu dan RM2,000 diberikan kepada waris jika telah mati meninggal dunia di Perlis

12 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Berikut adalah bantuan oleh kerajaan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi menangani kesusahan rakyat akibat daripada Covid-19:

  • Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan MAIWP telah lulus bantuan asnaf sebanyak RM500 tunai kepada anda yang tinggal di Putrajaya, Kuala Lumpur dan Labuan
  • Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan turut berikan bantuan makanan percuma kepada pelajar di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia UPNM dan Institut Pendidikan Guru kampus Bahasa Melayu IPG di Lembah Pantai KL, kakitangan hospital Kuala Lumpur HKL dan Hospital UKM

Jika anda sudah semak senarai bantuan yang diberi oleh negeri anda, jangan lupa untuk kongsikan berita gembira mengenai bantuan ini kepada kenalan, rakan dan keluarga anda supaya sama-sama tidak terlepas agihan bantuan ini. Marilah kita berkongsi sama-sama dapat manfaat dikala musibah yang melanda negara kita sekarang.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma