Ada Peniaga Jual Barang Tak Beretika? Ini Senarai No Telefon KPDNHEP Setiap Negeri Untuk Anda Buat Aduan

Antara peranan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP)  adalah menangani aktiviti pencatutan dan manipulasi harga oleh peniaga yang tidak bertanggungjawab serta memastikan tidak berlaku kenaikan harga secara tidak terkawal.

Jika anda dapati terdapat peniaga di sekitar anda yang mengambil kesempatan dalam kenaikan harga sesuatu barang dalam keadaan barangan mendapat permintaan tinggi atau kesalahan lain, anda berhak untuk membuat laporan kepada pihak KPDHEP

Ikuti perkongsian di bawah untuk memahami apa yang dimaksudkan dengan peniaga yang tidak beretika dan talian KPDNHEP setiap negeri untuk anda buat laporan.

APA MAKSUD PENIAGA TAK BERETIKA?

Peniaga yang tak beretika adalah peniaga yang tak bertanggungjawab dengan melakukan kesalahan yang mereka sendiri tahu perakra itu sebenarnya salah. Contohnya peniaga yang mengambil kesempatan menaikkan harga barangan yang mendapat permintaan tinggi seperti topeng muka dan barangan keperluan asas.

Berikut adalah contoh bagi peniaga yang dianggap tidak beretika.

Pencatutan Harga

Peniaga mencatut merujuk kepada mana-mana peniaga yang mengambil untung suatu barangan atau perkhidmatan secara berlebihan. Penentuan pencatutan ditentukan mengikut penetapan harga dan kos di peringkat premis peniaga itu sendiri dan bukan dibandingkan dengan premis yang lain.

Melanggar Kawalan Harga KPDNHEP

Untuk makluman semua, terdapat beberapa jenis barang yang harganya dalam kawalan KPDNHEP. Kawalan harga ini selalunya adalah terhadap barangan yang mendapat permintaan tinggi oleh pengguna pada masa sekarang.

Contohnya kini Kementerian mengawal harga melalui kuatkuasa AKHAP 2011 barang-barang berikut:

  • Gula putih bertapis kasar dan halus
  • Gas petroleum cecair
  • Petrol Ron 95
  • Diesel
  • Topeng Muka
  • Barangan yang terlibat dengan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan tertentu

Harga semasa barangan yang dikawal adalah berubah-ubah dan pihak Kementerian akan keluarkan harga kawalan baru jika terdapat perubahan.

Penandaan Harga

Pihak Kementerian menguatkuasakan Perintah Kawalan Harga (Penandaan Harga oleh Penjual Runcit) 1993 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Harga dan Antipencatutan (Perniagaan Ditetapkan) 2017 yang mana sekiranya terdapat mana-mana peniaga yang tidak mempamerkan tanda harga boleh dikenakan tindakan di bawah perundangan tersebut.

Resit

Pengguna boleh mendapatkan resit pembelian daripada peniaga dan peniaga yang enggan mengemukakan resit tersebut setelah diminta oleh pengguna merupakan satu kesalahan di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999.

SENARAI NOMBOR TELEFON KPDNHEP SETIAP NEGERI

Bagi membuat laporan, anda boleh hubungi talian KPDHEP di negeri anda. Berikut adalah senarai nombor telefon KPDNHEP mengikut negeri:

  • Perlis                               – 04 979 5000
  • Kedah                              -04 700 1745
  • Pulau Pinang                 – 04 255 2456
  • Perak                               – 05 241 4611
  • WP Kuala Lumpur         – 03 4045 4471
  • Selangor                        – 03 5512 5485 / 03 5518 1810
  • Negeri Sembilan          – 06 601 6500
  • Kelantan                        – 09 741 6000
  • Pahang                         – 09 571 7757
  • Terengganu                 – 09 620 4701
  • Johor                            – 07 227 2811
  • Melaka                         – 06 234 5869
  • Sarawak                      – 082 466 052
  • Sabah                          – 088 484 368
  • WP Labuan                – 087 423 152
  • WP Putrajaya            – 03 8882 6088/6245

Anda boleh hubungi talian berikut untuk tujuan laporan. Talian tersebut beroperasi setiap hari pada jam 8 pagi hingga 6 petang.

Ada Peniaga Jual Barang Tak Beretika? Ini Senarai No Telefon KPDNHEP Setiap Negeri Untuk Anda Buat Aduan

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma