Senarai Jurusan Di Matrikulasi & Syarat Minimum Setiap Jurusan Yang Terkini
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah umumkan tarikh permohonan kemasukan ke Program Matrikulasi Tahun 2021/2022 bagi calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020. Calon tidak perlu membuat permohonan melalui sistem UPUOnline. Permohonan boleh dibuat terus melalui KPM.
Namun setiap calon yang ingin masuk ke matrikulasi mestilah memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan. Program Matrikulasi juga menawarkan beberapa jurusan sesuai dengan kelayakan calon lepasan SPM.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut berkenaan jurusan yang ditawarkan di Matrikulasi dan syarat minimum kemasukan setiap jurusan.
Isi Kandungan
PROGRAM MATRIKULASI
Program matrikulasi merupakan satu program persediaan pra-universiti bagi lepasan SPM (90% Bumiputera) untuk melanjutkan pelajaran sebelum ke peringkat Ijazah Pertama di universiti ataupun kolej universiti.
Program pra-universiti ini sebelum ini dikendalikan sendiri oleh setiap Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) sejak lebih 30 tahun yang lalu dengan cara dan corak pelaksanaan yang berbeza.
Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengambil alih dan menyatukan program matrikulasi bertujuan untuk menyelaras dan menyeragamkan pelaksanaan program tersebut. Pengambilalihan ini berlaku secara berperingkat dengan Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil kumpulan pertama (perintis) di kalangan pelajar Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan MRSM pada awal tahun 1999.
Selain daripada 9 buah kolej matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia, 2 buah pusat/kolej lain yang turut mengendalikan program ini adalah Kolej MARA Kulim dan Kolej MARA Kuala Nerang.
Setiap tahun bahagian Matrikulasi akan membuka peluang kepada pelajar yang berminat untuk membuat permohonan kemasukan ke Matrikulasi.
SENARAI KOLEJ MATRIKULASI
SENARAI JURUSAN
Berikut adalah pilihan jurusan yang ditawarkan di Matrikulasi buat calon lepasan SPM:
- Jurusan Sains (Hayat, Fizikal, Sains Komputer)
- Jurusan Kejuruteraan (Asas, Awam, Elektrik & Elektronik, Mekanikal
- Jurusan Perakaunan (Perakaunan & Perakaunan Profesional
SYARAT MINIMUM JURUSAN
Pemohon mestilah memenuhi syarat kelayakan berikut:
Baca: Kelebihan & Kelemahan Program Matrikulasi Yang Perlu Anda Tahu
Untuk dapatkan maklumat lanjut berkenaan program matrikulasi, anda boleh terus ke laman web rasmi KPM di pautan https://www.moe.gov.my/.