Permohonan Pinjaman Pelajaran Dalam Negara Yayasan Pelajaran Johor Kini Dibuka

Yayasan Pelajaran Johor kini membuka permohonan Pinjaman Pelajaran Dalam negara buat anak kelahiran Johor yang mendapat tawaran untuk melanjutkan pengajian ke Institut Pengajian Tinggi (IPT). Pelajar yang memenuhi syarat kelayakan adalah dipelawa untuk memohon pinjaman pelajaran yang ditawarkan.

Tujuan pinjaman ini diberikan adalah bagi meringankan beban kewangan pelajar yang ingin meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut berkaitan permohonan pinjaman.

JENIS IPT & PENGAJIAN YANG DITAJA

IPTA

  • Semua IPT (Peringkat Diploma & Ijazah Sarjana Muda sahaja)

IPTS

  • Kolej Yayasan Pelajaran Johor (KYPJ) (Diploma sahaja)
  • Kolej Kemahiran Johor (KKJ) (Sijil Kemahiran & Diploma Kemahiran sahaja)
  • Marsah (Diploma sahaja)

SYARAT PERMOHONAN

Berikut adalah syarat kelayakan yang perlu dipenuhi untuk membuat permohonan bantuan:

  • Lahir dan menetap di Johor;
  • Mendapat tawaran kemasukan/sedang menuntut ke IPT sebelum memohon pembiayaan Pendidikan;
  • Kursus yang diikuti mestilah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan belum tamat tempoh sah laku semasa permohonan dikemukakan;
  • Baki tempoh pengajian semasa membuat permohonan hendaklah tidak kurang dari satu (1) tahun;
  • Tiada penaja lain (Pinjaman/Biasiswa);
  • Kursus yang diikuti mestilah ‘sepenuh masa’;
  • Pendapatan ibu DAN bapa tidak melebihi RM8,000 sebulan (tertakluk kepada dasar semasa & kelulusan);
  • PENTING : Keutamaan akan diberikan kepada keluarga yang mempunyai jumlah pendapatan dengan per/kapita (jumlah pendapatan isi rumah/jumlah tanggungan) yang paling minima. Oleh itu, YPJ tidak terikat untuk meluluskan sebarang permohonan yang diterima walaupun permohonan tersebut memenuhi syarat-syarat dan kriteria yang telah ditetapkan.

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Antara dokumen wajib yang diperlukan untuk kemukakan permohonan adalah:

  • Salinan Kad Pengenalan Pelajar
  • Salinan Kad Pengenalan Ibu DAN bapa atau Penjaga
  • Salinan Surat Tawaran IPT
  • Salinan Sijil SPM
  • Salinan Sijil Kelahiran
  • Sijil Berhenti Sekolah
  • Salinan Sijil Kematian / Penceraian (Jika Berkaitan)
  • Salinan Penyata Pendapatan Ibu DAN Bapa / Penjaga (SLIP GAJI/ PENYATA PENDAPATAN)
  • Sekiranya ibu bapa/penjaga tidak mempunyai slip gaji, pemohon WAJIB kemukakan Borang Pengesahan Pendapatan

**Kesemua dokumen sokongan hendaklah disahkan oleh Pegawai Profesional Kategori A / Ketua Kampung / Penghulu / Pengerusi JKKK / yang setaraf dengannya.

CARA MOHON DAN HANTAR DOKUMEN PERMOHONAN

Permohonan boleh dilakukan sekarang sehingga 31 Ogos 2020. Pemohon diminta untuk mengisi borang permohonan secara online terlebih dahulu di pautan:

Daftar pengguna baru bagi yang belum pernah mendaftar. Seterusnya isi permohonan yang disediakan di laman web tersebut. Pemohon diminta untuk CETAK borang permohonan yang telah lengkap diisi. Hantar bersama dokumen yang diperlukan seperti di atas.

Cara Hantar Dokumen Permohonan

Setelah pemohon sediakan borang permohonan yang dicetak bersama dokumen yang diperlukan, ikut langkah berikut untuk hantar permohonan:

  1. Susun dokumen permohonan mengikut senarai semak yang disediakan
  2. Masuk kan kesemua dokumen sokongan & permohonan kedalam sampul surat bewarna COKLAT bersaiz A4 dan seterusnya di gam dibahagian belakang dengan kemas.
  3. Tuliskan Jenis Permohonan di PENJURU KANAN ATAS jenis permohonan yang di pohon, sama ada
    i) PINJAMAN
    ii) SKIM BANTUAN PENDAFTARAN (SBP)
  4. Masuk ke dalam peti berkunci di pejabat YPJ. (Bagi yang memilih kaedah serahan tangan)
  5. Bagi yang memilih kaedah POS, dokumen yang telah dimasuk ke dalam sampul surat tersebut boleh di pos menggunakan kaedah POS yang mempunyai tracking number.
  6. Adalah dimaklumkan bahawa, kesemua borang permohonan yang dihantar ke YPJ ke dalam peti berkunci akan dibiarkan selama 24 jam bagi tujuan sanitasi.

Untuk sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan berkaitan pinjaman pelajaran, anda boleh terus ke alamat Pejabat YPJ dan hubungi talian berikut:

  • No. 15, Bangunan YPJ
    Jalan Nuri, Larkin Jaya
    Kg Dato’ Onn Jaafar
    Karung Berkunci 711
    80990 Johor Bahru
    Johor
  • Tel: 07-2344355
Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma