Senarai Industri Yang Masih Membuka Peluang Pekerjaan Semasa Berlakunya Wabak COVID-19

Dalam kesulitan yang ramai orang alami akibat terkesan dengan penularan wabak Covid-19, tahukan anda masih ada sektor yang masih membuka peluang pekerjaan buat masa sekarang?

Sektor-sektor yang membuka peluang pekerjaan dalam keadaan ini adalah antara sektor yang menyediakan bekalan penting buat ramai orang sekarang.

Berikut adalah perkongsian mengenai sektor-sektor yang masih membuka peluang pekerjaan dalam keadaan sekarang.

SEKTOR INDUSTRI YANG MASIH MEMBUKA PELUANG PEKERJAAN

Permohonan Latihan Separa Perubatan SPA 2020 (2)

Bidang Perubatan

Tempoh hari kerajaan Malaysia telah mengumumkan peruntukan tambahan kepada Kementerian Kesihatan (KKM) sebanyak RM100 juta untuk melantik 2,000 kakitangan baharu secara kontrak, terutamanya jururawat bagi menangani COVID-19.

Kakitangan perubatan adalah sangat diperlukan sekarang kerana negara kita perlu menangani kes Covid-19 yang banyak sehinggakan terpaksa memanggil semula tenaga kerja yang sudah bersara untuk bekerja supaya kes Covid-19 ini dapat ditangani. Buat masa sekarang, ramai kakitangan yang bekerja keras sehinggakan cuti dibekukan akibat daripada kekurangan kakitangan.

Jika anda layak untuk memasuki bidang pekerjaan perubatan, apa salahnya anda meringankan beban dan tolong pihak kesihatan untuk tangani masalah ini. Pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) juga ada membuka sebanyak 1,407 jawatan sebagai Pembantu Perawatan Kesihatan untul lepasan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) kepada yang berminat untuk bekerja di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Layari: Syarat Dan Cara Permohonan Pembantu Perawatan Kesihatan

Pembekal Barangan Perubatan

Senarai Industri Yang Masih Membuka Peluang Pekerjaan Semasa Berlakunya Wabak COVID-19

Hospital swasta di negara ini didakwa mengalami kekurangan bekalan topeng penutup hidung dan mulut serta peralatan perlindungan diri (PPE) dalam berdepan situasi mengawal wabak coronavirus (COVID-19) di kemudahan jagaan kesihatan itu.

Presiden Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM), Datuk Dr Kuljit Singh, berkata situasi kekurangan bekalan itu disifatkan serius kerana ia dikhuatiri mampu memberi kesan buruk kepada keselamatan pesakit dan kakitangan perubatan yang mengendalikan kes COVID-19.

Perdana Menteri juga menyatakan industri pembuatan peralatan perubatan terutamanya topeng muka masih tidak mencukupi untuk menampung permintaan yang tinggi. Justeru, peluang keemasan ini patut di ambil dalam keadaan ekonomi dunia oleh para pencari kerja.

Bagi peluang ini, anda boleh mengambil peluang untuk mencari pekerjaan dalam industri pembuatan bekalan perubatan yang ada kerana sudah pastinya industri ini sekarang sedang bergiat membuat pengeluaran yang banyak atau jika berkemampuan anda sendiri menjadi pembekal bagi barangan yang diperlukan oleh pihak kesihatan.

Bekalan Makanan

Antara syarikat yang mengumumkan peningkatan bilangan kemasukan pekerja di peringkat global adalah rangkaian restoran makanan segera terutamanya yang mempunyai perkhidmatan penghantaran ke rumah. Seperti yang kita tahu, Perintah Kawalan Pergerakan telah menyebabkan orang ramai terpaksa berada di rumah sentiasa.

Masyarakat selalunya malas untuk memasak setiap hari jadi penyelesaiannya adalah hanya dengan menggunakan perkhidmatan penghantaran makanan memandangkan kedai makan di luar kebanyakannya tutup. Jika anda masih tidak melakukan pekerjaan sekarang dan ingin mencari pendapatan, anda boleh bekerja dalam industri ini.

Bagi pembekal makanan harian di pasaraya juga sangat diperlukan memandangkan barangan di pasaran sekarang menjadi tinggi akibat orang perlu berbelanja barangan keperluan harian setiap hari sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

Teknologi & Maklumat

Senarai Industri Yang Masih Membuka Peluang Pekerjaan Semasa Berlakunya Wabak COVID-19

Begitu juga bagi bidang teknologi dan maklumat. Disebabkan perintah kawalan pergerakan,kebanyakan syarikat mengambil langkah ‘work from home’. Pelbagai aplikasi digunakan untuk menjalankan mesyuarat dan perbincangan atas talian.

Peluang ini patut diambil oleh graduan sains komputer untuk samada menghasilkan aplikasi yang mudah atau menjadi penyelenggara sistem. Waktu inilah anda serlahkan kebolehan anda dan cuba memikat mana-mana syarikat!

Bagi mereka yang sudah didalam bidang perubatan, pembuatan dan teknologi, peluang anda sangat cerah untuk mendapat kerja. Bagi mereka yang baru ingin mencari bidang yang ingin diceburi, mungkin anda boleh mengambil kira untuk mencuba bidang-bidang diatas.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma