Senarai Hospital Di Malaysia Yang Mengendalikan Kes COVID-19

Penyebaran Covid-19 yang berasal daripada daerah Wuhan, China yang kini berada pada tahap Pandemik adalah amat merisaukan orang di seluruh dunia. Wabak penyakit ini telah merentasi benua dan melibatkan lebih 140 buah negara di dunia tidak terkecuali Malaysia.

Kerisauan rakyat terhadap Covid-19 semakin memuncak berikutan dengan kes kematian yang semakin meningkat di China dan Italy. Manakala di Malaysia pada 15 Mac 2020 lalu, jumlah kes yang sah positif meningkat sebanyak 190 dalam masa sehari yang menyebabkan kes sehingga kini mencecah 428 kes. Ia boleh dikatakan sangat pantas di sebalik segala usaha yang dilakukan untuk mengekang penularan wabak Covid-19.

Apabila Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan Covid-19 sebagai pandemik pada 12 Mac 2020 lalu, ia sekaligus memberikan gambaran bahawa penyakit ini bakal memberi impak buruk yang tidak mampu dibayangkan pada masa akan datang.

Namun tahukah anda bahawa tidak semua hospital kerajaan di Malaysia mengendalikan kes Covid-19? Ikuti perkongsian di bawah untuk mengetahui senarai hospital di Malaysia yang mengendalikan kes ini.

SENARAI HOSPITAL YANG TERLIBAT KENDALIKAN COVID-19 DI MALAYSIA

Untuk pengetahuan semua, hanya beberapa buah hospital terpilih sahaja mengendalikan kes-kes disyaki dan sahih Covid-19.

Senarai Hospital Di Malaysia Yang Terlibat Kendalikan Kes Covid-19 Senarai Hospital Di Malaysia Yang Terlibat Kendalikan Kes Covid-19

  • Senarai hospital yang terlibat bagi penduduk Lembah Klang adalah Hospital Sungai Buloh dan Hospital Kuala Lumpur (HKL) manakala di Utara pula hospital yang terlibat ialah Hospital Tuanku Fauziah, Perlis, Hospital Sultanah Maliha, Hospital Sultanah Bahiyah, Hospital Sultan Abdul Halim, Hospital Kulum dan Hospital Pulau Pinang.
  • Bagi warga Perak pula Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk mengendalikan kes-kes disyaki dan sahih Covid-19 manakala warga Seremban dan Melaka pula Hospital Tuanku Jaafan, Seremban dan Hospital Melaka antara yang tersenarai.
  • Hospital Sultanah Aminah bagi orang Selatan.
  • Bagi penduduk Kelantan pula, hospital tersenarai adalah Hospital Raja Perempuan Zainab 11, Hospital Sultan Ismail Putra dan Hospital Tumpat.
  • Bagi warga Terengganu adalah Hospital Sultanah Nur Zahirah manakala warga Pahang boleh merujuk di Hospital Tengku Ampuan Afzan.
  • Bagi penduduk di Sabah, antara hospital tersenarai adalah Hospital Queen Elizebeth Kota Kinabalu, Hospital Of Duchess Kent Sandakan, Hospital Tawau, Hospital Wanita & Kanak-Kanak Likas, Hospital Lahad Datu dan Hospital Keningau.
  • Bagi Warga Sarawak pula, Hospital Umum Sarawak, Kuching, Hospital Miri Hospital Bintulu dan Hospital Sibu.

UJIAN PENGESANAN DAN PENGESAHAN COVID-19

Jika anda ada tanda-tanda dan rasa was-was akan keadaan kesihatan anda, anda boleh datang ke hospital yang disenaraikan di atas atau pergi ke Makmal Kesihatan Awam seperti carta di bawah bagi menjalankan ujian pengesahan dan pengesanan Covid-19.

Senarai Hospital Di Malaysia Yang Terlibat Kendalikan Kes Covid-19

BAGAIMANA PROSES PENGESANAN COVID-19 DILAKUKAN?

Dalam mengesan kontak Covid-19, 3 proses pengesanan terhadap pesakit akan dilakukan iaitu:

  1. Temubual
    Semasa di hospital, pasukan perubatan menyenaraikan lokasi perjalanan dan kontak pesakit dalam tempoh 14 hari yang lepas.
  2. Penyiasatan
    Pasukan kesihatan menjejaki kontak pesakit untuk mengesah dan menyiasat hubungan/interaksi dengan pesakit serta mendapatkan maklumat lanjut.
  3. Mengenalpasti
    Keputusan dibuat bagi menentukan individu berkaitan merupakan kontak rapat/dekat dan berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan.

Atau, anda boleh cuba

Senarai Hospital Di Malaysia Yang Terlibat Kendalikan Kes Covid-19

Sampai sekarang, penyakit ini dikatakan masih tiada vaksin atau ubat kursus bagi merawatnya. Namun, pesakit positif Covid-19 difahamkan berpotensi untuk sembuh sepenuhnya dengan mendapat rawatan yang betul selain pemantauan yang rapi oleh pihak berkuasa hospital.

Seperti di Malaysia, sebanyak 32 pesakit Covid-19 telah pulih sepenuhnya daripada 428 kes yang disahkan positif.

Walaupun pemulihan ini petanda yang agak baik, ini tidak bermakna orang ramai perlu kurang prihatin dan kurang mengambil berat terhadap pencegahan daripada virus ini. Langkah-langkah pencegahan juga masih perlu dititikberatkan. 

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma