Senarai Harga Facemask, Minyak Masak, Gula Pasir & Tepung Gandum. Harga Syiling Kini Ditetapkan. Jika Peniaga Jual Mahal, Sila Report Kepada KPDNHEP
Kes penularan wabak Covid-19 yang semakin meningkat sehingga kini telah menyebabkan ketakutan di seluruh dunia tidak terkecuali Malaysia. Namun, kerisauan ini telah memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia dalam menjaga kebersihan dan sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga.
Dalam keadaan ini, terdapat juga individu yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan dengan membeli topeng muka di pasaran dalam jumlah yang sangat banyak dan menjualnya dengan harga yang sangat tinggi.
Permintaan barangan keperluan dapur seperti minyak masak dan tepung gandum yang tinggi pada masa kini juga telah menyebabkan ada beberapa individu yang tidak bertanggungjawab menaikkan harga barangan keperluan tersebut.
Namun kini Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sedang memantau masalah ini dan mengambil tindakan tegas terhadap kegiatan yang tidak bertanggungjawab ini.
Jika anda jumpa mana-mana pihak yang menjual harga facemask, minyak masak dan tepung gandum mahal daripada harga sepatutnya, anda boleh buat laporan kepada KPDNHEP.
Berikut adalah perkongsian mengenai harga facemask,minyak masak dan tepung gandum yang sepatutnya di pasaran dan cara membuat laporan jika terjumpa pihak yang menjual barangan ini dengan harga yang mahal.
Isi Kandungan
SENARAI HARGA SYILING BARANGAN YANG BARU
Tindakan tegas ini adalah melalui Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011. Terdapat empat jenis topeng muka, tepung, minyak masak dan gula yang telah ditetapkan harga maksimum runcit bagi barang harga terkawal.
Topeng Muka
- Topeng muka (pembedahan/perubatan) 1 lapisan
RM7.00 sekotak
RM0.15 seunit - Topeng muka (pembedahan/perubatan) 2 lapisan
RM10.00 sekotak
RM0.20 seunit - Topeng muka (pembedahan/perubatan) 3 lapisan
RM72.50 sekotak
RM1.45 seunit - Topeng muka (pembedahan/perubatan) N95
RM6.00 seunit
Gula Pasir Putih Bertapis
- Gula halus
RM2.95 - Gula kasar
RM2.85
Gas Petroleum Cecair
- 10 kilogram
RM19.00 - 12 kilogram
RM22.80 - 14 kilogram
RM26.60
Minyak Masak Paket
- 1 kilogram
RM2.50
Tepung Gandum Serbaguna
- Tepung gandum serbaguna 1 kilogram
RM1.35
CARA MEMBUAT LAPORAN HARGA
Jika pengguna mendapati ada individu atau mana-mana pihak yang menjual topeng muka dan barangan keperluan mahal daripada harga yang ditetapkan oleh KPDNHEP di atas, anda boleh merujuk kepada KPDNHEP melalui:
- Talian bebas tol (1-800-886-800)
- Sistem e-Aduan: e.Aduan KPDNHEP
- WhatsApp : 019-279 4317
TINDAKAN TERHADAP PELANGGARAN AKTA
Sebarang perlanggaran di bawah peruntukan Akta ini bagi kesemua jenis topeng muka yang dinyatakan tersebut boleh dikenakan tindakan undang- undang seperti berikut:
- Individu : boleh didenda oleh mahkamah sehingga RM100,000 atau dipenjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya atau dikompaun sehingga RM50,000
- Syarikat : boleh didenda sehingga Rm500,000 atau dikompaun sehingga RM250,000.
Pihak Kementerian memohon kerjasama dan perhatian pihak yang terlibat dalam pembekalan dan penjualan topeng muka dan barangan keperluan harian agar membuat urus niaga secara berhemah dan mematuhi peruntukan harga maksimum yang telah ditetapkan oleh Kerajaan.
Adalah diingatkan juga, harga bagi jenis topeng muka dan barangan keperluan selain daripada yang ditetapkan harga maksimumnya, Kementerian masih mempunyai kuasa mengambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.